Followers

Tuesday, November 25, 2014

Mangsa Samun : PASANGAN WARGA EMAS MATI DITETAK

 

PASANGAN WARGA EMAS MATI DITETAK

Sepasang suami isteri ditemui mati di ruang tamu rumah di Taman Desa Bidara, di sini, tengah hari ini selepas mereka dipercayai menjadi mangsa samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, masing-masing berusia 60 tahun, dijumpai mati disyaki akibat kecederaan parah di leher dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.

Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Lantak Hangpa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.