Keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948
dengan beberapa langkah penambahbaikan hanya memperlihatkan presiden
Umno itu lemah dan tidak berprinsip, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata, sokongan gegak gempita perwakilan semasa Najib membuat pengumuman berkenaan adalah reaksi bercampur-campur yang melihatkan penafasan semula terakhir perdana menteri itu.
“Jika Datuk Seri Najib seorang smart politician maka beliau dapat membaca tepukan gempita seluruh perwakilan menyambut pengumumannya mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah sebenarnya penolakan seluruh Umno terhadap kepimpinannya yang liberal dan lemah.
“Tempikan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan perasaan terpendam yang bercampur marah, protes, penolakan dan kehilangan keyakinan. “Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.
Pernafasan semula Najib kali ini adalah pernafasan terakhir,” kata bekas menteri penerangan itu dalam kiriman terbaru di blognya, Zamkata.
Najib semasa menyampaikan ucapan dasar semalam berkata Akta Hasutan akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
Katanya, Akta Hasutan akan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun pernah berjanji sebelum ini untuk memansuhkan akta penjajah tersebut.
Zainuddin berkata reaksi positif yang ditunjukkan perwakilan semasa pengumuman Najib semalam bukanlah menunjukkan tanda keyakinan dan pemulihan sokongan kepada pemimpin itu sebaliknya reaksi sokongan yang tidak lagi mantap kepadanya.
Katanya, perwakilan Umno masih sangsi sama ada Najib dapat mengotakan janjinya untuk terus melaksanakan akta berkenaan.
“Jika beliau tidak membuat pengumuman itu bererti seluruh ahli Umno akan membenamkan beliau dan masa depan Umno pasti hancur.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.