Followers

Tuesday, November 18, 2014

Pemimpin sembang bagai nak rak, rakyat ada yang guna dapur kayu & minum ayaq sungai

 
Masak guna dapur kayu

Tan (kanan) melihat dapur kayu yang digunakan Shadar (tengah) untuk memasak.  
Tan (kanan) melihat dapur kayu yang digunakan Shadar (tengah) untuk memasak.

ALOR SETAR - Seorang warga emas terpaksa menempuh detik-detik sukar dalam meneruskan kehidupan di teratak usang miliknya, di Jalan Lumpur, dekat sini.
Mohd Shadar Mohd Isa, 75, berkata, dia tinggal sendirian selepas anak kelimanya, Mohd Sayuti, 34, yang menyara kehidupan mereka meninggal dunia akibat sawan pada minggu lalu.

Menurutnya, rumah usang terbabit hanya mempunyai elektrik dan sumber air diperoleh daripada sungai berhampiran.

“Saya guna dapur kayu untuk masak dan menjerang air,” katanya.

Dalam pada itu, dia kini bergantung hidup pada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 dan pendapatan Sayuti, sebagai pembantu kedai.

Meskipun, mempunyai anak lain tetapi mereka memiliki tanggungan sendiri.

"Saya tidak mampu baiki rumah ini, walaupun tahu atap bocor, lantai reput dan dinding rumah senget," katanya.

Anak sulungnya, Suzana, 44, berkata, dia dan adik-beradiknya yang lain hanya mampu menghulurkan bantuan sekadar termampu mereka.

“Sayuti sudah tiada untuk membantu ayah.

"Saya harap ayah layak terima bantuan makanan atau sumbangan untuk bayar bil elektrik,” katanya.

Terdahulu, Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Pusat Komuniti Derga menziarahi kediaman Mohd Shadar, malah Adun Derga Tan Kok Yew memberi sumbangan kepada warga emas berkenaan.



KedahLanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.