Pemilik bingung nombor plat kereta sama
TELUK INTAN - Entah dimana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.
Semua persoalan itu pastinya mengundang
kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi
perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama
boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.
Itu yang yang berlaku kepada seorang
ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033
yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi
bersama pemilik lain.
Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini,
Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor
pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman
sosial sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir
Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini
dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor
pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan
polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.
Katanya, berdasarkan keterangan pengadu
berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima
maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang
mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan
nombor pendaftaran yang sama dengannya.
Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu
sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor
pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.
“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke
tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun
yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat
kejadian dan kereta dirampas,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, polis turut
menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal
kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.
Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.