Apabila pemilihan di dalam parti selesai meskipun terdapat beberapa isu yang masih belum selesai terutamanya berkaitan beberapa laporan terhadap calon-calon yang bertanding, parti setakat ini mengiktiraf Azmin adalah pemenang jawatan Timbalan Presiden, manakala TSKI pula dipecat atas sebab disiplin yang beliau sendiri gagal membela dirinya.
Kita jangan lupa, aduan yang dikemukakan kepada JPP dan Jawatankuasa Displin parti bukan saja terhadap Azmin, tetapi terdapat juga aduan terhadap TSKI.
Soal pemilihan ini pun aku telah tulis sebelum ini bahawa JPP dan Jawatankuasa wajib menyiasatnya secara adil dan berani dan umumkan secara terbuka hasil siasatan samada ada kes atau tidak. Selagi tidak diumum, selagi itulah persepsi tetap bermain dan ini menjejaskan imej parti.
Begitu juga, apabila parti mencalonkan Azizah, Presiden PKR sebagai calon MB Selangor dan turut disokong oleh rakan kita DAP, maka sebagai ahli aku rasa wajar beri sokongan kepada calon pilihan parti bukan calon pilihan Anwar. Sepanjang tempoh krisis MB Selangor, tentunya sebagai ahli kita komited untuk menentukan Azizah diterima sebagai MB Selangor.
Ini di luar bidangkuasa parti. Sikap tanggungjawab parti yang tidak terperangkap dengan percaturan untuk melagakan parti dengan pihak Istana, maka parti bertindak bijak dengan akur terhadap pilihan Tuanku.
Azizah dan Anwar serta pimpinan faham benar perangkap ini, maka parti membuat keputusan memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin. Tidak mungkin Anwar dan para penyokong parti akan berguling-guling di jalanraya seperti beberapa lebai di Perak dahulu sewaktu ingin mempertahankan Nizar.
Parti bertindak bijak mengalah dengan Istana kerana Azmin juga salah seorang pemimpin besar di dalam parti. Azmin adalah Timbalan Presiden PKR dan beliau juga adalah Pengerusi PKR Negeri Selangor.
Ada yang mendakwa Azmin telah melobi untuk jawatan ini, namun bagi aku tidak perlu kita memperlekehkan kuasa Tuanku. Jika Tuanku tidak terima Azmin, lobi lah sekuat mana pun. Jika benar Azmin punyai kuasa atau pengaruh besar untuk melobi, aku rasa selepas PRU 13 yang lalu TSKI bukan lagi MB Selangor.
Lojiknya tentulah Azmin. Terdapat juga cerita bahawa lebih kurang 5 Adun yang menyokong Azizah awalnya telah mengubah sokongan terhadap Azmin dan ini menyebabkan Tuanku memilih Azmin. Namun cerita tinggal cerita. Setakat ini tiada seorang pun boleh membuktikannya dan Tuanku juga tidak pernah menyatakan sedemikian. Azmin kini adalah MB Selangor.
Jika Azmin gagal memenuhi impian mereka, bukan bererti itu hanya kegagalan Azmin seorang tetapi itu adalah juga kegagalan parti.
Jika Azmin berjaya menarik perhatian dan sokongan rakyat Selangor, itu juga akan membantu menaikkan imej parti.
Ertikata lain, selaku MB tidak boleh lari dari membawa imej parti. Sebab itulah TSKI sering ditegur oleh Anwar sejak awal beliau menyambung tugas sebagai MB Selangor dulu.
Maka, peluang ini harus kita berikan kepada Azmin untuk buktikan bahawa untuk menjadi MB yang baik tidak perlu kita lupakan parti kita yang menaikkan kita. Komited terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan negeri, komitmen juga perlu kuat kepada parti.
Aku lihat ada banyak juga yang mempersendakan Azmin yang kerap turun ke padang merentasi sawah, belukar, longkang dan sebagainya. Memang itu bukan tugas resmi atau tugas harian beliau sebagai MB.
Azmin perlu mulakan di peringkat awal, selepas itu azmin harus memantau prestasi para Exconya dan pegawai-pegawai yang berkenaan agar terus bekerja demi rakyat.
Berilah peluang kepada Azmin untuk menunjukkan prestasinya samada Selangor boleh dibangunkan sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat.
Jika Azmin gagal, maka gagallah parti dan lebih kita bimbang pihak Istana akan dituduh sebagai salah memilih calon. Semoga ini tidak berlaku demi rakyat Selangor.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
Get your own Poll!
Selasa, 18 November 2014 BERI PELUANG KEPADA AZMIN, TIDAK PERLU PANDANG
NEGATIF SEJAK awal lagi aku pernah sebut, aku bukanlah penyokong tegar
Azmin Ali terutamanya sewaktu di dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Sudah menjadi amalan biasa, setiap kali ada pemilihan tentulah
calon-calon yang bertanding akan mempunyai penyokong masing-masing dan
aku percaya jika Anwar bertanding sebagai Presiden pun satu hari nanti,
pasti ada ahli-ahli yang menyokong calon lain selain dari Anwar. Azmin
berjaya mendapat mandat parti Apabila pemilihan di dalam parti selesai
meskipun terdapat beberapa isu yang masih belum selesai terutamanya
berkaitan beberapa laporan terhadap calon-calon yang bertanding, parti
setakat ini mengiktiraf Azmin adalah pemenang jawatan Timbalan Presiden,
manakala TSKI pula dipecat atas sebab disiplin yang beliau sendiri
gagal membela dirinya. Kita jangan lupa, aduan yang dikemukakan kepada
JPP dan Jawatankuasa Displin parti bukan saja terhadap Azmin, tetapi
terdapat juga aduan terhadap TSKI. Soal pemilihan ini pun aku telah
tulis sebelum ini bahawa JPP dan Jawatankuasa wajib menyiasatnya secara
adil dan berani dan umumkan secara terbuka hasil siasatan samada ada kes
atau tidak. Selagi tidak diumum, selagi itulah persepsi tetap bermain
dan ini menjejaskan imej parti. Begitu juga, apabila parti mencalonkan
Azizah, Presiden PKR sebagai calon MB Selangor dan turut disokong oleh
rakan kita DAP, maka sebagai ahli aku rasa wajar beri sokongan kepada
calon pilihan parti bukan calon pilihan Anwar. Sepanjang tempoh krisis
MB Selangor, tentunya sebagai ahli kita komited untuk menentukan Azizah
diterima sebagai MB Selangor. Kita sokong Azizah bukan kerana Anwar atau
Azizah secara peribadi tetapi kerana itu keputusan parti. Kita sedar
tidak semua yang setuju dengan Azizah sebagai calon MB Selangor, tetapi
itu keputusan parti secara konsensus. Takdir menentukan bukan Azizah
sebagai MB Selangor. Ini di luar bidangkuasa parti. Sikap tanggungjawab
parti yang tidak terperangkap dengan percaturan untuk melagakan parti
dengan pihak Istana, maka parti bertindak bijak dengan akur terhadap
pilihan Tuanku. Azizah dan Anwar serta pimpinan faham benar perangkap
ini, maka parti membuat keputusan memberi mandat sepenuhnya kepada
Azmin. Tidak mungkin Anwar dan para penyokong parti akan
berguling-guling di jalanraya seperti beberapa lebai di Perak dahulu
sewaktu ingin mempertahankan Nizar. Parti bertindak bijak mengalah
dengan Istana kerana Azmin juga salah seorang pemimpin besar di dalam
parti. Azmin adalah Timbalan Presiden PKR dan beliau juga adalah
Pengerusi PKR Negeri Selangor. Sekali lagi, suka atau tidak, setuju atau
tidak, sebagai ahli parti aku akur dengan keputusan parti secara jemaah
ini. Bukan kehendak Azmin, bukan kehendak Anwar atau Azizah, tetapi itu
kehendak parti yang berikan mandat setelah Istana mahukan Azmin sebagai
MB Selangor. Ada yang mendakwa Azmin telah melobi untuk jawatan ini,
namun bagi aku tidak perlu kita memperlekehkan kuasa Tuanku. Jika Tuanku
tidak terima Azmin, lobi lah sekuat mana pun. Jika benar Azmin punyai
kuasa atau pengaruh besar untuk melobi, aku rasa selepas PRU 13 yang
lalu TSKI bukan lagi MB Selangor. Lojiknya tentulah Azmin. Terdapat juga
cerita bahawa lebih kurang 5 Adun yang menyokong Azizah awalnya telah
mengubah sokongan terhadap Azmin dan ini menyebabkan Tuanku memilih
Azmin. Namun cerita tinggal cerita. Setakat ini tiada seorang pun boleh
membuktikannya dan Tuanku juga tidak pernah menyatakan sedemikian. Azmin
kini adalah MB Selangor. Samada dia mampu setanding dengan TSKI atau
lebih dari beliau, biarlah masa menentukannya. Rakyat Selangor
sebenarnya tidak memilih siapa MB Selangor atau dari parti mana asalkan
rakyat terbela di Selangor. Jika Azmin gagal memenuhi impian mereka,
bukan bererti itu hanya kegagalan Azmin seorang tetapi itu adalah juga
kegagalan parti. Jika Azmin berjaya menarik perhatian dan sokongan
rakyat Selangor, itu juga akan membantu menaikkan imej parti. Ertikata
lain, selaku MB tidak boleh lari dari membawa imej parti. Sebab itulah
TSKI sering ditegur oleh Anwar sejak awal beliau menyambung tugas
sebagai MB Selangor dulu. Anwar mahu TSKI menjadi MB yang baik, komited
dan berdisplin bukan sahaja sebagai pentadbir negeri tetapi juga sebagai
pemimpin di dalam parti. TSKI gagal sebagai pemimpin parti atau menjadi
ahli parti yang komited. Setakat ini, Alhamdulillah, Azmin cuba
menjiwai sebagai seorang pentadbir dan ahli politik yang baik. Maka,
peluang ini harus kita berikan kepada Azmin untuk buktikan bahawa untuk
menjadi MB yang baik tidak perlu kita lupakan parti kita yang menaikkan
kita. Komited terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan negeri, komitmen
juga perlu kuat kepada parti. Aku lihat ada banyak juga yang
mempersendakan Azmin yang kerap turun ke padang merentasi sawah,
belukar, longkang dan sebagainya. Memang itu bukan tugas resmi atau
tugas harian beliau sebagai MB. Tetapi sebagai amaran atau sindiran
kepada kakitangan majlis bandaran dan juga kepada Exco-Exco yang
berkaitan, maka tindakan Azmin itu patut kita lihat secara positif. Aku
pun tidak setuju cara Azmin itu dikekalkan berterusan kerana ini akan
menjatuhkan imej pegawai-pegawai bawahannya yang seolah-olah tidak tahu
bekerja. Azmin perlu mulakan di peringkat awal, selepas itu azmin harus
memantau prestasi para Exconya dan pegawai-pegawai yang berkenaan agar
terus bekerja demi rakyat. Berilah peluang kepada Azmin untuk
menunjukkan prestasinya samada Selangor boleh dibangunkan sejajar dengan
dasar Pakatan Rakyat. Jika Azmin gagal, maka gagallah parti dan lebih
kita bimbang pihak Istana akan dituduh sebagai salah memilih calon.
Semoga ini tidak berlaku demi rakyat Selangor. Dicatat oleh WFAUZDIN NS
di 1:31 PG Make Money at : http://bit.ly/copy_win Make Money at :
http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.