Kesalahan Remeh Usaha Untuk "Menjerut Rakyat" Dengan Mengenakan Saman !
Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan
menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara.
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.
"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar.
Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya.
Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut.
"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi.
Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja.
Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata.
Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain.
"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.
"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya.
IdaMan.

Operasi JPJ : Untuk
Penuhkan Kantung Kerajaan ?, Kesalahan Remeh Usaha Untuk "Menjerut
Rakyat" Dengan Mengenakan Saman !
Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan? [gambar fail]
[hd]- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan
tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh
negara.
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut
disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah
bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut.
"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu
kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta
memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp',"
ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut
peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap
permasalahan yang sebenar.
Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah
JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan
berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan
raya.
Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak
ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh
tersebut.
"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan
kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan
mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi.
Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada
rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar
yang dilakukan terlepas begitu sahaja.
Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan
yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang
besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna
kenderaan semata-mata.
Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada
kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh
pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang
lain.
"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada
kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya
antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.
"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan
rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan
rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya.
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.