Followers

Tuesday, November 11, 2014

RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. Siapakah syaitan yang dikenali itu? Written By canang

 
RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. 

Siapakah syaitan yang dikenali itu?

Written By canang 

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. 

"Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. 

Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. 

"Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. 

Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. 

"Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. 

"Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. 

PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. 

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. 

Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. 

"Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. 

Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. 

"Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. 

Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. 

"Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. 

Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. 

"Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. 

PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. 

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. 

Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.