Followers

Wednesday, November 19, 2014

Najib Bakal Letak Jawatan Bila Isu Ini Meletup?

 
Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini.

Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar.

Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.

Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?

Adakah perhimpunan seperti dahulu juga, yang tiada mempunyai ‘substance’ yang boleh membawa perbezaan dari sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?

Jika benar perhimpunan agong itu membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah ini?

Jika perhimpunan ini benar-benar menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah? Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang menghimpit UMNO kini.

Bolehkah perhimpunan kali ini menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan mereka sahaja.

Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah ‘variation’ di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut dan dijawab  oleh pimpinan parti itu dalam perhimpunan itu.

Apakah asas-asas yang mewajarkan usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling ‘controversial’ itu di Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai ‘equity value’ yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan ‘mitigations’ yang betul dari tindakan pemimpin yang ‘deceitful’ seperti Najib dan rakan-rakan yang menyokong beliau.



Saya bersetuju dengan pandangan ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana pelaburan 1MDB dalam bidang ‘equity’ ini merupakan pelaburan yang tersangat tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.

Inilah yang di ceburi oleh kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.

Saya mempunyai sedikit  minat untuk menulis tentang isu ini, kerana ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan dan kita semua akan menjadi mangsa ‘devilish leaders’ yang kita ada hari ini.

1MDB ini merupakan ‘financial scandal’ yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat untuk melakukan ‘scandal’ besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.

Kita lihat nanti dalam perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di (high table) dihadapan mereka nanti.

Kita akan memerhati situasi dalam perhimpunan agong tahunan UMNO yang kian reput dari hari ke hari itu. 


Aspan Alias

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.