Followers

Wednesday, November 19, 2014

Rasuah Seks Rumah PPRT, Ibu Tunggal, Mengaku Tak Berslah. Posted by Ibnu Hasyim

 
Seorang Pegawai Tadbir Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini terhadap dua tuduhan membabitkan layanan seks sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kedah.
 
Bagi tuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken (KFC), Jalan Limbong Kapal di Alor Setar pada 10.45 pagi, 10 November lepas.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
 
Heris juga dituduh memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama di bilik bernombor 101, Hotel Royale Jalan Putra di Alor Setar pada 2.45 petang, 13 November lepas.
 


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Sekman@Abdullah manakala tertuduh belum melantik peguam.
 
Hakim Azhar Mokhtar menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
 
Heris membayar jaminan berjumlah RM8,000 itu.
 
Sebelum itu, dalam rayuannya Heris memberitahu dia telah berkhidmat dengan Keda selama 33 tahun dan kini merupakan Pegawai Tadbir gred N44.
 
Azhar kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu selain membolehkan tertuduh melantik peguam.
-Bernama.

Ibnu Hasyim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.