Followers

Wednesday, November 19, 2014

Baca Ni Tan Keng Liang! Lain kali jangan celupar tak tentu pasal! Ini adalah tuduhan cina Gerakan ni:

Penyerahan Bible permainan politik PR Jangan politikkan isu pulang Bible

WARTAWAN SINAR HARIAN

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah SHAH ALAM – Sultan Selangor,

Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu pemulangan 351 naskhah Bible dijadikan isu politik kerana usaha tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa melibatkan mana-mana parti politik.

Satu sumber istana memberitahu keputusan untuk mengembalikan semula naskhah berbahasa Melayu yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibuat sendiri oleh baginda sebagai ketua agama negeri.

“Sejak peringkat awal Tuanku telah berbincang dengan beberapa pihak tertentu tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana parti politik, sebab baginda tidak mahu ada mana-mana pihak mengambil kesempatan.

“Sebagai ketua agama negeri baginda menyedari isu ini amat sensitif, jadi harus ditangani sendiri dengan penuh teliti tanpa menggunakan pendekatan politik,” kata sumber tersebut kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut sumber berkenaan, sejak awal rampasan dibuat pihak istana amat prihatin mengenai kontroversi yang ditimbulkan terutamanya oleh beberapa parti politik juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

“Baginda tidak mahu kontroversi berlanjutan dan dihangatkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga akhirnya mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. 



“Oleh sebab itu menggunakan pendekatan sendiri baginda telah menghubungi dan berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini, dan akhirnya mencapai penyelesaian secara bijaksana.

“Tuanku bersyukur kerana isu Bible telah selesai secara baik, dan berharap hal ini jangan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk meraih kepentingan politik,” kata sumber berkenaan.

Media melaporkan Kerajaan Selangor telah memulangkan 351 naskhah Bible berbahasa Melayu mengandungi kalimah ALLAH yang dirampas Jais kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

Penyerahan semula itu dengan syarat ketat iaitu kitab terbabit tidak boleh diedarkan di Selangor dan ia hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.