Followers

Tuesday, November 4, 2014

Kisah Azmin Dan Sampah

 


Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi masa tiga bulan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan semua sampah-sarap dalam kawasan di negeri itu.

Beliau juga memberi nombor telefonnya kepada residen dan meminta mereka menghantar mesej kepadanya jikalau menampak sampah belum dikutip.

"Saya telah arahkan semua PBT termasuklah MBPJ dan MBSJ, saya beri mereka tiga bulan, sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.

"Saya mahu PJ menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” katanya semasa menghadiri majlis kutipan dana DAP di Petaling Jaya semalam.

Azmin berkata beliau sangat serius dengan masalah itu dan tidak mahu melihat longgokan sampah di mana-mana tempat termasuk di tepi jalan.

"Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya. Ini nombor saya 012-2052020. Nombor ini tidak ada kaitan dengan wawasan 2020, nombor ini senang diingat.

"Kamu ‘text’ saya, saya serius tentang ini, saya tidak akan toleransi. Saya mahu semua PBT bersihkan setiap jalan, setiap tanah di kawasan kita,” tegasnya.

Walaupun lebih sebulan menjawat menteri besar, Azmin dikenali sebagai 'Jokowi' Malaysia apabila menumpukan program turun padang bertemu rakyat Selangor termasuk memeriksa longkang, lori sampah, turun ke padang sawah padi di Sekinchan dan melawat ke Pulau Ketam baru-baru ini.

Dalam ucapannya juga, Azmin yang juga MP Gombak menyifatkan dirinya sebagai "seorang yang mudah" dan akan menghabiskan 80 peratus masanya untuk turun padang.

"Saya ini mudah, saya turun ke bawah, saya hanya akan menggunakan 20 peratus masa saya di pejabat. 


(Dan) 80 peratus masa (lagi) saya akan turun padang berjumpa dengan mereka yang menderita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.