Followers

Tuesday, November 4, 2014

JPJ Dikritik Hebat Buat Operasi Khas

 
JPJ

Orang ramai mengkritik hebat Operasi Khas yang telah dijalankan oleh JPJ baru-baru ini bagi memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, 'strobe light' dan lampu HID serta cermin gelap.

Operasi ini bagaimanapun mendatangkan kritikan dari pengguna jalan raya kerana operasi tersebut menjadi sebab mereka terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam!



JPJ
 
Lebih teruk lagi, ada yang berang dengan operasi tersebut sehingga memanggil operasi ini sebagai bodoh.


JPJ

Ada juga yang memberi cadangan supaya JPJ membuka kedai nombor plat sendiri kerana berkata banyak kedai luar yang tidak tahu ukuran standard yang telah diletakkan oleh JPJ.





JPJ

Mungkin kerana hal-hal seperti inilah yang mengundang tanggapan negatif orang ramai kepada JPJ, seperti satu status yang telah dimuat naik oleh seseorang yang menyatakan niatnya terbantut untuk menolong mangsa sebuah kemalangan setelah melihat mangsa kemalangan itu memakai uniform JPJ.


JPJ yang Ditimpa Kemalangan Bukan Sekadar Dibiarkan Malah Diludahnya Pula....

JPJ
Biasanya, bila ternampak orang kemalangan, pasti ramai yang membantu tak kira apa status dan reputasi orang yang terlibat kemalangan itu.

Tapi lain pula kisah seorang hamba Allah yang membuat satu posting di FB. Secara ringkasnya hamba Allah ni dalam ternampak satu eksiden ketika dia di atas lebuhraya Besraya. Pada mulanya, hamba Allah ni dengan tangkas mahu menolong mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
 
Tetapi selepas ternampak mangsa memakai baju uniform JPJ, hamba Allah ni terus tak jadi tolong.. Siap maki dan ludah lagi muka mangsa...Alahaiiii...

siakapkeli.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.