Followers

Tuesday, November 4, 2014

Anwar hairan beliau tidak dibenarkan masuk universiti-universiti di Malaysia - Khairil Ashraf

Saya ingin masuk UM sekali lagi – Anwar


Anwar-Ibrahim-Universiti-Malaya

PUTRAJAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sekiranya beliau berjaya dalam kes Liwat II ini, beliau berkeinginan memasuki Universiti Malaya sekali lagi.

Beliau juga hairan dan mempersoalkan Universiti-Universiti yang terkemuka di dunia banyak menjemputnya tetapi berlainan di Malaysia beliau dihalang masuk.

“Ini Malaysia, nak masuk universiti pun tak boleh..ini negeri pak kamu. Saya sekarang ini Pengerusi Pasukan Khas Universiti-Universiti Dunia Islam. Universiti Standford, Universiti Harvard, Universiti Oxford, Cambridge, Dubai, China semua jemput, tapi tak larat terima. Tapi universiti kita tak boleh masuk,” ujarnya.

“Saya ini Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Universiti-Universiti Di Dunia Islam bagaimana kita boleh bawa perubahan untuk tingkat martabat universiti kita,”katanya kepada kira-kira 200 penyokongnya di luar Istana Kehakiman yang menunggunya sejak pagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya yakin akan memperoleh kemenangan kerana berpaksikan kepada kebenaran dan keadilan untuk semua.
“Semalam penasihat Perdana Menteri Turki memberi pandangan kepada saya dan dia kata ramai rakyat di Turki yang turut mendoakan kita.

Beliau juga yakin tidak akan memasuki penjara berkenaan kes liwat II yang melibatkannya dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Inshaallah tak masuk,” ujarnya yang disambut sorakan oleh penyokongnya.

Beliau yang memberikan ceramah di atas sebuah trak turut menyindir sesetengah pihak yang mendakwa parti PAS dan DAP tidak hadir bagi menyokongnya.

“Ada orang kata tak nampak orang DAP dan PAS tidak nampak. Mata dia rabun.. YB Mujahid beberapa kali datang, YB Ronnie hari-hari datang, YB Hasnol pun ada tadi.,” sindirnya.

Hari ini dikatakan merupakan hari pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meneruskan hujah balas terhadap rayuan pembelaan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.


Kes ini akan bersambung pada Khamis.


FREE MALAYSIA TODAY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.