KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM 257, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu dipercayai
berpunca daripada sebuah lori membawa muatan gas LPG yang terbabas di
laluan bertentangan dan menyebabkan tong gas berterabur di atas jalan.
Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi
mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita melihat sebuah lori membawa
gas LPG terbalik dan tong gas tercampak ke atas jalan.
"Dua buah kereta
juga sedang terbakar pada masa itu dan kita segera melakukan operasi
pemadaman," katanya ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.