Followers

Wednesday, November 12, 2014

Rakyat Naik Minyak Lagi Dengar Berita Ini

 
MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri Melaka bercadang mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), di Negeri Bersejarah tersebut.

Pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 semalam, Idris berkata kadar elaun ADUN Melaka ketika ini adalah Gred 44, yang dilihat tidak seimbang dengan tugasan dan bebanan sebagai seorang wakil rakyat.

“Ia baru cadangan dan saya lihat elaun wakil rakyat dalam sekitar RM4,800, iaitu lebih kurang Gred 44.

“Sedangkan mereka bekerja 24 jam tapi kadar elaun sikit.

“Kita tak mahu lihat apabila wakil rakyat pencen, mereka pula beratur ambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Saya yakin kajian kenaikan elaun wakil rakyat tidak akan mewujudkan perasaan marah di kalangan rakyat berikutan mereka amat memahami tugasan dan bebanan wakil rakyat yang berat,” katanya.

Untuk rekod terdapat 28 ADUN di Melaka termasuk 22 ADUN Barisan Nasional, enam ADUN DAP dan satu ADUN PAS. ~free malaysia today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.