Followers

Monday, November 24, 2014

Kerajaan bukan samseng – Zahid FMT Reporters

 
LTAT | Zahid HamidiRata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan itu kerana sedar tentang bahaya yang dibawa oleh golongan ini.

KUALA LUMPUR: “Kerajaan bukan samseng,” tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas dakwaan kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak menggunakan akta tersebut untuk menutup mulut para pengkritiknya atas bertindak terhadap pembangkang kerana ”Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti kukuh.”

Katanya, daripada kesemua kritikan terhadap penahanan dan tindakan ke atas mereka yang menyebarkan kebencian, pembohongan dan fitnah, rata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan itu kerana sedar tentang bahaya yang dibawa oleh golongan ini.

Berucap di Forum Antarabangsa Umno bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial : Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini hari ini Ahmad Zahid berkata Malaysia sedang diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan pembohongan, fitnah dan kebencian.

Beliau berkata, Malaysia ini bukannya negara berasaskan satu kaum dan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, ia memerlukan kerajaan untuk memantau aktiviti di alam internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan.

BERNAMA melaporkan, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kerajaan perlu tegas dalam membanteras sebarang unsur yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang, peraturan yang mengikat mereka daripada melakukan sebarang kenyataan perkauman dan provokasi kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.

“Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat. Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan rumah daripada roboh,” katanya.

Beliau berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak dan tidak akan bersikap berat sebelah dan dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh keselamatan dan kestabilan negara.

Ahmad Zahid yang merupakan seorang penceramah di forum itu turut menekankan walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dan memperkenalkan satu akta baharu, beberapa peruntukan dalam Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi menjadikan akta baharu itu lebih tegas untuk menegah mereka yang cuba melanggarnya.

“Dalam melakukannya, kerajaan akan mengambil kira maklum balas dan cadangan daripada semua pihak dalam masyarakat, termasuk daripada pembangkang,” katanya.

Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.