Kerajaan Selangor memperuntukkan
sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun
kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Semasa membentangkan belanjawan 2015
hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi
bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil
rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.
Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.
"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.
"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan
sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang
dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.
Sebelum mengumumkan peruntukan kepada
wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukan
itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.
"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.
Sementara itu, pada sidang medianya,
Azmin berkata, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu
pertama kali dilaksanakan di Selangor.
Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama
kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukan itu
telah dilakukan di Pulau Pinang.
"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin
Ketika ditanya adakah peruntukan itu
turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(atas), Azmin hanya menjawab:
"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.
Batu VS Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.