Followers

Sunday, November 23, 2014

Belum Reda Insiden MH17 Dan MH370, MAS Berdepan Diboikot Kerana Caj Arak Dalam Tiket

Syarikat penerbangan negara Malaysian Airlines yang masih bergelut selepas dua insiden besar - kehilangan MH370 dan MH17 ditembak bakal berdepan "boikot" yang dilancarkan kerana caj arak yang dikenakan.

MAS yang sudah mengalami kerugian menerima tamparan hebat apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong cadangan untuk memboikot syarikat penerbangan negara tersebut.

"Boikot itu wajib kerana dunia sedia maklum Malaysia adalah negara Islam. “MAS perlu menyedari hakikat ini dan menghentikan caj itu," kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Dr Mohd Fared Abdul Ghani seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Selain PPIM, PAS juga bersetuju untuk menimbang meneruskan kempen tersebut sekiranya MAS tidak menghentikan caj arak dalam tiket penerbangan mereka.

Pemuda PAS Kelantan dan Pahang berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap MAS, seperti melakukan kempen boikot jika syarikat itu terus mengenakan caj arak dalam tiket penerbangannya.

Sebelum ini, NGO Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) mendakwa MAS menipu penumpang Islam apabila mengenakan caj arak dalam tiket mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa harga tiket yang dibeli penumpang merangkumi semua kemudahan dalam pesawat termasuk makanan dan minuman.

- The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.