Followers

Tuesday, November 25, 2014

Bajet peduli rakyat Minali pamer keupayaanya jadi MB

 

ULLASAN                                                                                        

Setelah 63 hari memegang jawatan Menteri Besar Selangor, hari ini Jokowi Malaysia (Mohamed Azmin Ali) yang kini saya tukar nama menjadi Minali, telah membentangkan anggaran belanjaan Selangor untuk tahun 2015. 
 
Belanjaan Minali memang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh segenap pemerhati politik. Kenapa yang ditunggu umum untuk mengetahui bagaimanakah bentu dan rupanya perbelanjaan sulung beliau.
Azmin menunjukkan teks pelanjaannya.

Kehebatan bekas MB Selangor sebelum ini membayangi atau pun dijadikan perbandingkan, al maklumlah MB sebelm ini dikenali sebagai seorang pakar dalam bidang korporat dan pernah mencatat nama sebagai ahli korporat unggul.

Berbeza dengan Minali bukan seorang ahli perniagaan, tetapi lebih serasi dikenali sebagai ahli politik berjiwa rakyat yang berprinsip dan tegas dengan pendiriannya. Minali mempunyai perwatakan atau sosok pemimpin yang menarik dan bergaya wiba.

Ini kerana beliau sangat prihatin kepada rakyat sehinggakan sanggup berpeluh pelai bersama rakyat. Melakukan terjahan di luar dugaan dan kebiasaan pemimpin lain, misalnya sampai turun ke bendang, longkang dan ke tong sampah bagi memastikan kebersihan negeri dan kesihatan rakyat. Tindakannya juga cepat dan tangkas.

Selain itu Minali juga seorang berkerja dan berjuang dengan penuh sistemetik dan tidak mengenal apa erti kompromi dengan kekejaman dan kezaliman. Beliau juga pencinta ilmu dan pengelola perubahan yang mampan.

Apa yang Minali lakukan itu bukan gimik untuk menujukkan beliau seorang pemimpin hamba rakyat, jauh sekali mengharap pujian melambung, tetapi ia adalah gagasan dan wawasan beliau sebagai MB Pakatan Rakyat yang memakai slogan berkebajikan. Mempedulikan rakyat adalah keutamaanya apabila beliau menerima rakyat adalah segala-galanya.

Perbezaan latar belakang antara Minali dengan Khalid Ibrahim menyebabkan ucapan perbelanjaan ulung Minali ditunggu, dan akan dinilai serta diperbandingkan dari segi praktikalnya seterusnya dijadikan landasan awal untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan dan kebekesanan pentadbirannya. Kebolehannya sebagai eksekutif diuji menerusi pelanjaan yang diharapkan itu.

Dengan menilai perbentangan belanjaan hari ini, Alhamdulilah, Minali mampu menunjukkan kehebatannya. Beliau bukan sahaja setakat menciplak karektor Jokowi dari Indoneisa seperti disorak sorai dan dicemburui sesetengah pihak, tetapi telah meletakkan budi asasnya sendiri sebagai seorang CEO kepada Selangor. Minali menunjukkan bahawa beliau juga ada kebolehan dan pentadbiran dan menyusun kembangkan ekonomi.

Dalam pembentangan belanjaan tadi Minali telah mengumumkan sebanyak RM4.42 billion diperuntukan untuk perbelanjaan Selangor bagi tahun depan dengan pecahaan sebanyak 53.19% untuk perbelanjaan mengurus manakala sebanyak 46.81% untuk perbelanjaan pembangunan. Unjuran perolehan pada tahun depan sebanyak RM1.97 billion berbanding dengan tahun ini RM1.85 billion.

Peruntukan sebanyak RM2.42 billion itu disifatkan sebagai satu angka terbesar yang belum pernah berlaku di Selangor sudah tentu disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Selangor kerana rakyat negeri itu dapat menikmati hasil negeri lebih banyak dan meluas.

Walaupun perbelanjaan itu defisit sebanyak RM450, tetapi ia tidak ada perbelanjaan tambahan selepas ini. Menurut Minali beliau mengemukakan belanjaan berterus terang tidak berselindug di sebalik peruntukan tambahan.

Yang jelasnya perbelanjaan yang dibentangkan oleh MB Selangor itu hari ini memberi kelegaan kepada rakyat Selangor yang sebelum ini kesal dengan tindakan MB sebelum ini yang sangat berhemat dan kedekut untuk mengeluarkan peruntukan kepada rakyat walaupun Selangor mempunyai rezeb yang banyak. (Tetapi tidak kedekut untuk mengeluarkan RM2.6 juta sebagai pampasan kepada bekas pegawainya).

Gara-gara amalan berjimat tidak kena pada tempat diamalkan MB sebelum ini menyebabkan banyak pembangunan untuk rakyat tidak dapat dijalankan. Paling ketara ialah masalah jalan di luar bandar yang tidak sempurna. Manakala sikap membuat keputusan dalam meluluskan projek tanpa berunding dengan Exco dan pihak parti juga menyebabkan beberapa projek yang diluluskan menjadi pertikaian rakyat.

Keraguan dan kegelisah rakyat Selangor itu hari ini dilengsaikan oleh Minali dengan memberi perhatikan kepada semua aspek pembangunan di Selangor daripada soal pendidikan, pembangunan rumah rakyat, jalan raya, bantuan untuk kaum Hawa, belia, sukan, kesenian dan sebagainya. Ikut sama tertempias dengan kemurahan Minali dalam membelanjakan wang rakyat para imam dan penghulu juga turut menerima kenaikan elaun.

Mungkin paling merujakan dan ini menujukkan bahawa Minali seorang MB yang adil dan profesional dan tidak tahu erti berdendam apabila projek untuk rakyat menerus wakil rakyat juga ditambah sebanyak RM200,000 menjadikan RM700,000 untuk setiap wakil rakyat. Turut sama menerima budi ini ialah wakil rakyat Barisan Nasional yang kesemuanya bernilai RM2.4 juta.

Sikap memandang sama rata dan tanpa mengambil kira sentimen politik demi kemajuan Selangor inilah merupakan sikap yang patut dipuji dan menunjukkan Minali seorang pemimpin rakyat untuk semua golongan tanpa mempedulikan fahaman politik. Dengan pendekatan yang diambil itu tidak ada sebab untuk parti pembangkang di Selangor tidak menyokong Minali. Ketua pembangkang di DUN Selangor juga mendapat layanan istimewa apabila diberikan kereta dan elaun RM3,000.

Perbelanjaan bertema, Perbelanjaan Berkualiti, Rakyat Dipeduli, inysa-Allah akan menjadi sebutan dan sekaligus melonjakkan nama Minali sebagai MB Selangor yang disenangi semua rakyat dari semua golongan seterusnya meletakkan beliau sebagai MB yang berdaya maju di negara ini. [wm.kl.8:21 pm 24/11/14] 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.