Followers

Sunday, October 19, 2014

VIDEO - Ezam kata jangan jadi macam dia...

 


Beliau dikatakan berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam PKR malah mungkin menjadi salah seorang calon Timbalan Presiden pada masa akan datang..

Namun ramai yang mengatakan faktor kewangan yang mendesak dirinya membuatkan beliau terpaksa berpatah arang berkerat rotan dengan PKR.

Tinggalkan rakan-rakan seperjuangan, lupakan apa yang dilafazkannya dalam sumpah keramat di bumi Permatang Pauh.. buang semua kotak-kotak yang dijajanya selama ini...

Faktor kewangan bukan saja dihadapi oleh beliau seorang... malah kalau kita kaji sebab-sebab hampir 50 orang nama-nama besar dari PKR meninggalkan PKR kebanyakkannya melibatkan faktor kewangan.

Nampak rapuh sekali semanga mereka itu.. tapi itulah hakikat yang perlu kita ketahui dalam memperjuangkan hak-hak untuk rakyat hak-hak Anak dan Isteri dirumah perlu dilunaskan juga..

Ya lah... dalam berjuang itu Anak dan Isteri perlu diberi makan juga.. bukit kalau hari-hari ditarah rata juga akhirnya.. duit simpanan kalau asyik keluar saja lama-lama habislah ia..

Semasa dalam PKR musuh utamanya ialah Azmin Ali tapi bila keluar PKR Anwar Ibrahim pula yang menjadi sasarannya..

Lagipun kalau semua pimpinan yang ada dalam PKR mengikut cara dia, dikhuatiri macai-macai UMNO mengamuk pula sebab mereka bermati-matian mempertahankan UMNO yang dikutip dari PKR pula bertakhta dihati Najib.


PENGARAH Komunikasi Kementerian Kewangan mohamad Ezam Mohd Nor berkata,adalah wajar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik tanah air.
Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PKR, berkata dia sangat bersetuju dengan NGO Anak Muda Malaysia (Lensa) yang menyuruh agar Anwar bersara daripada politik, kerana perjuangan politik Anwar sudah tersasar jauh..

Ni videonya...


Betullah apa yang Ezam kata tu.. jangan jadi macam dia.. dalam PKR dulu taksub melampau dengan Anwar.. bila keluar PKR dikutuknya Anwar habis-habisan..

Mula-mula dilantik sebagai Senator sekarang dah jadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pula..

Antara kata-kata Ezam kepada Syed Hussin Ali yang dicatatkan Syed Hussin dalam bukunya 'Memoir Perjuangan Politik' -


“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.
“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isteri saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,”

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,”

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

Bukan dia seorang saja yang diberikan jawatan setelah keluar PKR sertai UMNO ada ramai lagi setahu akulah..

Tapi.. aku tak salahkan mereka.. sebab mereka kesempitan, mereka perlu terus hidup, mereka perlu beri makan kepada anak isteri.. jadi itu pilihan yang mereka ada...

Dalam politik dinegara kita ini.. berapa kerat sangatlah yang ikhlas berjuang demi rakyat? 



ANAK SUNGAI DERHAKA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.