Anwar merupakan
individiu yang jelas teraniaya melalui konspirasi berbentuk jahat jijik
dan fitnah bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan karier DSAI sebagai
ahli politik yang disegani.
Sebagai manusia yg
memperjuangkan keadilan, kita semua patut terus bersama dengan
perjuangan Anwar Ibrahim kerana menyakini bahawa Anwar Ibrahim telah
dizalimi dan difitnah semata-mata kerana beliau menentang pemimpin
umno/bn yang zalim, rasuah dan korup.
1) Dendam terhadap
Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan
salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1990. Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.
Selain daripada laporan
Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan
melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum
pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut:
1. Dang Wangi Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan
ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah
menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan
undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI,
telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.
2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan
ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang
tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang
telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan
Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.
3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan
ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi
perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.
Dalam laporan ini juga Anwar membuat
dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta
peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut
menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan
dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.
Mereka yang dimaksudkan
ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam
Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.
Tan Sri Wan
Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri
Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.
KJSJ Kuala Lumpur
memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti
diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan
tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih
memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana
Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang
mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.
Sama ada pendedahan
yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu
terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam
terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan…
Kerajaan umno/bn sanggup menyalahgunakan sistem kehakiman, mahkamah, undang-undang, akta-akta dan agensi kerajaan untuk menghalang suara rakyat yang menentang kerajaan umno/bn yang zalim, salahguna kuasa, rasuah, boros, songlap dan korup.
Kerajaan umno/bn sanggup menyalahgunakan sistem kehakiman, mahkamah, undang-undang, akta-akta dan agensi kerajaan untuk menghalang suara rakyat yang menentang kerajaan umno/bn yang zalim, salahguna kuasa, rasuah, boros, songlap dan korup.
Kita patut mencontohi
kegigihan Anwar dalam perjuangannya yang tidak bernoktah.Dijasadnya
mengalir darah perjuangan.Beliau digeruni oleh musuh malah oleh rakan
sendiri.
Beliau bukan sahaja mendepani konspirasi jahat dari musuh yang
jelas, malah terpaksa melayan karenah rakan-rakan sendiri yang berusaha
untuk menikamnya dari belakang.
Kita perlu meneruskan
memperjuangkan keadilan sekalipun Anwar Ibrahim sudah tiada lagi kerana
itu adalah tugas pejuang-pejuang yang berpendirian teguh dan gigih
menghadapi apa juga cabaran dan halangan sebagaimana yang dipamerkan
kepada kita oleh Anwar.
al-Husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.