Followers

Sunday, October 19, 2014

DAP(S) Tinggalkan PR Jika Ulama Kuasai PAS -Chong Chieng Jen. Posted by Ibnu Hasyim

 
Chong Chieng Jen.
KUCHING: DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan. 

Demikian kata pengerusinya Chong Chieng Jen kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa parti itu di sini.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya, lapor MStar. 

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.


DAP Sarawak pada Sabtu semalam menyatakan menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak apa, DAP menjelaskan pendirian partinya menentang hudud. Cuma UMNO yang takut nak jelaskan, masih bolak-balik, lidah bercabang, siang sokong malam ingkar.. 


Ibnu Hasyim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.