Followers

Thursday, October 16, 2014

VIDEO - Dua MP wanita berbalah tentang PERMATA Rosmah












Zar Ali III 

 Nak Tanya Tan Sri Annuar Musa - kalau telus kenapa kes "KERETA MEWAH" masih belum diselesaikan lagi....tiada dakwaan langsung.


BPR tahan kereta mewah milik Annuar Musa bantu siasatan

KUALA LUMPUR 15 April - Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan sebuah kereta mewah milik bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai lebih RM36.5 juta.

Menurut sumber, kereta mewah jenis Mercedes Benz yang menggunakan nombor pendaftaran WCE 1 itu dipercayai ditahan semasa rumah Annuar digeledah oleh sekumpulan pegawai BPR kira-kira dua minggu lalu.

``Kereta tersebut kini ditahan di Akademi BPR di Jalan Duta,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Annuar ketika dihubungi di sini hari ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai penahanan keretanya itu.

Kes penyelewengan wang PPRT mendapat liputan meluas pihak media apabila Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid pada 23 Oktober tahun lalu mendedahkan telah membuat dua laporan polis berhubung penipuan pelaburan berjumlah RM40 juta membabitkan pelaksanaan PPRT.

Satu laporan berhubung penipuan pengurusan juga telah dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Berikutan pendedahan itu, polis telah menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada Annuar dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan yang terlibat secara langsung dengan projek tersebut di Kelantan dan Terengganu.

Pada 5 Disember lalu, polis menahan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Abdul Aziz Mohamad, 57; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Alwi Said, 53; bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir, 52, dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mohd. Arif Abu Bakar, 51.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan reman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Mac lalu berkata, kerajaan menyerahkan kepada BPR untuk membuat siasatan sewajarnya terhadap kes itu.
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.