Ku Li gesa semak semula ‘kuasa mutlak’ menteri kewangan.
'Kuasa mutlak' yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.
"Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan.
Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen," kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.
"Terdapat banyak kelemahan di situ.
Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik "ibu bapa" mereka.
"Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai.
Kita tidak boleh guna sesuka hati. Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka,” katanya.
Jawatan menteri kewangan dipegang perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memecat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan itu pada 1998.
Tengku Razaleigh berkata, jawatan tersebut sangat berkuasa, oleh sebab itu bukan sebarang orang boleh dilantik memangku jawatan itu ketika menteri bertugas di luar negara.
Sebaliknya, beliau berkata, pemangku menteri kewangan dilantik Kabinet.
Mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, minggu lalu, Tengku Razaleigh menyifatkan ia "agak baik" tetapi tidak menyelesaikan isu rasuah.
Selain itu, beliau juga menggesa Akta Rahsia Rasmi (OSA) disemak semula kerana ia memiliki "beribu dosa yang tersembunyi".
"Malah, wartawan yang mendapat tahu sesuatu tentang kerajaan tidak boleh mendedahkannya, walaupun kamu ada dokumennya dalam tangan, kamu boleh dipenjara 7 tahun mengikut OSA.
"Jika isunya melibatkan rasuah, saya rasa semua orang yang mahu negara ini bersih harus dibenarkan mendedahkannya," katanya.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya hanya menunggu hingga menteri atau ada arahan mahkamah untuk mengubah status 'sulit' sesuatu dokumen yang berkaitan kepentingan awam.
Ku Li berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dikaji semula kerana ketiadaan "peruntukan penting" bagi menangani masalah rasuah.
"Saya sebenarnya mahu bukan saja perasuah dan mereka yang korup dihukum, tetapi saya rasa calon dan pemegang amanah juga perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Saya rasa mereka (individu bersalah) perlu dengan sukarela memberitahu semua orang 'ini calon saya, ini pemegang amanah saya' dan tidak perlu untuk SPRM membawa kes mereka ke mahkamah bagi mendapatkan perintah mendedahkan calon dan pemegang amanah tersebut,” katanya.
Tengku Razaleigh bercakap pada forum mengenai masalah 'Ali Baba' yang dianjurkan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC), Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucaptamanya, Ku Li berkata, fenomena 'Ali Baba' adalah hasil tindakan pemimpin rasuah yang menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru negara.
- The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.