ARAK adalah
minuman yang diharamkan kepada umat Islam samada di tempat tertutup
mahupun di tempat terbuka.
Bagi umat Islam arak meminum arak berdosa
besar sama juga seperti melakukan rasuah samada rasuah berlaku secara
terbuka mahupun tertutup.
Kepada ugama
lain, mungkin arak dihalalkan oleh mereka dengan syarat-syarat tertentu
tetapi aku yakin semua agama menerima bahawa meminum arak merupakan satu
perbutan yang amat tidak baik.
Banyak keburukan dari kebaikannya,
sebab itulah ugama lain juga tidak menggalakkan penganutnya meminum
arak.
Isu "Pesta
Minum Arak" (OktoberFest) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini
mendapat tentangan dari banyak pihak terutamanya kepada umat Islam.
Kita sedar bagi ugama lain bukan baru di negara kita mereka minum arak.
Apa yang kita bantah adalah mengapa perlunya berpesta meminum arak di
tempat terbuka?
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor amat peka di atas aktiviti yang tidak sihat ini. Atas arahan MB Selangor, YAB Azmin Ali dan juga dari MBPJ, aktiviti ini hendaklah dilakukan di tempat tertutup, terkawal dan dilarang keras kepada penganut berugama Islam menyertainya.
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor amat peka di atas aktiviti yang tidak sihat ini. Atas arahan MB Selangor, YAB Azmin Ali dan juga dari MBPJ, aktiviti ini hendaklah dilakukan di tempat tertutup, terkawal dan dilarang keras kepada penganut berugama Islam menyertainya.
Akhirnya, penganjurnya
Carlsberg Malaysia terpaksa memindahkan acara tiga hari tu ke kawasan
letak kereta bertingkat, selari dengan arahan Menteri Besar.
Majlis
Bandaraya Petaling Jaya mengarahkan acara berkenaan dijalankan di lokasi
tertutup. Penganjur turut menegaskan bahawa acara berkenaan "khusus
untuk pengguna bukan Islam berusia 18 tahun ke atas".
Sebenarnya
gejala ini elok dihentikan di masa-masa akan datang. Tidak perlulah
arah diminum secara beramai-ramai dan dijadikan sebagai acara tahunan.
Lebih-lebih lagi yang menyedihkan para pemimpin politik atau Wakil
Rakyat juga seolah-olah merestui gejala tidak sihat ini.
Sepatutnya
mereka berkempen untuk menyeru masyarakat agar menjauhi arak. Jadikan
larangan itu sebagai larangan kegiatan yang merosakkan moral atau
menjejaskan kesihatan sepertimana kegiatan merokok.
Bagi kita umat
Islam, jangan pula menjadikan isu ini untuk menutup punca besar tentang
arak di negara kita. Jangan lupa siapa yang merasmikan kilang arak
terbesar di Shah Alam dan mengeluarkan lesen arak ini?
Kita juga jangan
lupa bahawa kita ada masalah yang lebih hebat dari minum arak ini iaitu
masalah rasuah di mana umat Islam sendiri banyak yang terlibat bahkan
dilakukan oleh pemimpin Melayu Islam di negara kita.
Jangan lupa,
terdapat dua orang Melayu Islam dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah
Carlsberg Malaysia. Apakah tiada bantahan dari mana-mana kumpulan atau
parti politik tentang ini?
Bukan kita
setuju dengan aktiviti meminum arak, tetapi kita juga patut peka dengan
masalah terbesar yang boleh meruntuhkan negara ini iaitu masalah rasuah.
Kita mesti lawan aktiviti pesta arak, kita juga mesti aktif menentang
perasuah bukan bersekongkol atau cuba berbaik dengan parti yang terkenal
dengan amalan rasuah ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.