Gambar hiasan
RUPANYA Di Melaka pun ada acara Oktoberfest.. Cuba siasat lagi negeri-negeri lain majoriti Islam di bawah kerajaan BN..
Gambr hiasan
Begini Beritanya..Melaka pantau Oktoberfest
Melaka: Kerajaan Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi
menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest
dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini pada 18 Oktrober ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata tindakan tegas akan
diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara
berkenaan.
“Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan
dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya
menerima laporan yang menyatakan demikian,” katanya selepas istiadat
penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri
Negeri, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang
bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada
peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.
Terdahulu, pada istiadat itu, 353 orang menerima darjah, bintang
dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk
Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang
membawa gelaran ‘Datuk Seri’.
Tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)
yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga
Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Dua puluh satu penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri
Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya:
Ketua Umno
Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said;
Pegawai Tugas-tugas Khas
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku
Zainal Abidin;
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd
(PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan
Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.
Enam belas penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang
Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa
Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama
(14). - Bernama.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pegidah UMNO, Capa tak kenal lu pasal arak dari dulu sampai sekarang?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.