Anwar akan gagal dalam rayuan dan ke penjara?
Apa yang berada di hadapan rakyat yang mengambil berat kepada politik hari ini ialah menanti apakah keputusan rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya bersabit kes meliwat pada tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang pada 28
dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan Anwar itu dan membuat
keputusan.
Ramai orang mengira Anwar akan gagal dalam rayuan itu dan beliau akan dikirimkan ke penjara sekali lagi.
Dengan memerhati dari senario kes itu ditangani, seperti mana dakwa Anwar ia bermotif politik, memberi induksi jelas bahawa Anwar akan direhatkan dalam penjara sekali lagi.
Anwar Ibrahim: Saya optimis. |
Dengan memerhati dari senario kes itu ditangani, seperti mana dakwa Anwar ia bermotif politik, memberi induksi jelas bahawa Anwar akan direhatkan dalam penjara sekali lagi.
Ada yang mengatakan lima tahun
atau lebih. Pihak pendakwa telah memohon mahkamah menambah hukum ke atas
Anwar. Anwar dikenakan lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada Mac
tahun lalu.
Sebelum itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebas dan melepaskan Anwar daripada dakwaan liwat yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman 20 tahun penjara.
Mengenai rayuan ini, Anwar mengambil sikap optimis dan yakin dia akan bebas. Ini berdasarkan kepada fakta perbicaraan dan undang-undang tidak ada seorang pun pakar baik dalam negara maupun luar boleh pertikaikan keputusan untuk membebaskannya. Anwar begitu yakin dengan apa yang berlaku kelak.

Memang seorang yang telah dijatuhi hukuman bersalah akan
mempertahankan dirinya ke titik peluh terakhir. Bukan sahaja Anwar orang
lain juga.
Dalam teka teki ini saya ada pandangan dan firasat tersendiri mengenai nasib Anwar Ibrahim penghujung bulan ini. Jika diperhatikan dari awal bahawa kes liwat itu sama ada berlaku atau tidak, ia adalah sebuah pelan politik yang dibuat sedemikian rupa.

Sama ada benar Anwar meliwat atau
beliau difitnah(?), tetapi kes itu bangun dan berkembang atas emosi dan
bermotif politik. Ia satu tragedi yang diambil kesempatan baik oleh
musuh politik Anwar untuk terus mengekangnya.
Beberapa persoalan disebalik kes itu boleh dipertikaikan. Nombor satunya ia dilayan demikian rupa kerana ia berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan seorang pemimpin yang boleh menggerakkan massa melakukan perubahan politik di negara ini.

Sekiranya Anwar terhindar
dari sifat dan kapasiti berkenaan mungkin kes itu disenyapkan atau
dibuang seperti beberapa kes lain yang lebih besar dan mendapat
perhatian dunia.
Ada kes-kes seumpama seperti dituduh kepada Anwar itu, tetapi ia tidak "digeger" dan gegak gumpitakan demikian rupa.

Ada beberapa keanihan yang
ada kepada kes Anwar ini. Misalnya pihak pendakwa mengemukakan rayuan
apabila Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar.
Tetapi ada kes berprofil
tinggi seperti kes pembunuhan Altantuya, Abdul Razak Baginda salah
seorang yang dituduh telah dibebaskan dan pendakwa tidak membuat rayuan.
Jadi apabila kes Anwar ini walaupun beliau sudah dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi antara alasannya meragui integriti sample yang dikemukakan, namun ia dilanjutkan.

Pendakwa bukan sahaja terus membuat
rayuan, tetapi pihak pendakwa mengambil Peguam Kanan Muhammad Shafei
Abdullah pula untuk mengetahui pasukan pendakwa raya.
Pengambilan Shafei
sebagai ketua pendakwa raya yang bukan dari kalangan pendakwa adalah
pertama kali berlaku dan ini menimbulkan persoalan tujuannya.
Dua kepelikan itu menjelaskan bahawa kes Anwar ini diurus dengan begitu istimewa sekali. Melihat kepada kesungguhan ini ia memberi indikator kepada kita bahawa rayuan Anwar untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada 9 Januari 2013 dari kes itu, akan gagal.
Selain senario itu memberi petunjuk Anwar akan gagal dalam rayuan untuk membebaskan dirinya, senario lain boleh dilihat ia seperti dirasai sendiri oleh Anwar apa yang akan berlaku.

Hari ini Anwar sudah
menjelajah ke seluruh negeri kecuali Kelantan dalam kempen mencari
semangat dan kekuatan baru untuk dirinya dan juga partinya.
Program apa
dinamakan "Rakyat Hakim Negara" sudah digerakkan sejak beberapa hari
lalu.
Kempen berkenaan boleh dianggap ruang akhir untuk bapa reformasi itu bertemu dengan para penyokong dan rakyat sebelum beliau berihat dalam penjara.

Apa diharap daripada program berkenaan, sekiranya Anwar
terpaksa meringkuk dalam penjara penyokong dan rakyat akan membelanya.
Persoalannya apakah rakyat akan bangkit seperti mana tahun 1998 sewaktu
Anwar dipenjara selama sembilan tahun. Perkara ini menjadi persoalan dan
ia juga sedang diteliti dan kaji oleh pakar-pakar saraf politik.
Bukan kali ini sahaja Anwar membuat pernjelajahan negara untuk mendapat simpati dan melihat pernyataan (feedback) sokongan rakyat kepadanya.

Menjelang mahkamah hendak memutuskan kes
liwat dua dahulu pun beliau telah menjelajah ke seluruh negara bertemu
rakyat.
Langkah Anwar itu dibantah oleh mereka yang anti dan membencinya
dengan mengatakan ia sengaja dilakukan bagi mempengaruhi mahkamah dalam
membuat keputusan.
Tanggapan ini merupakan satu prejudis yang dangkal
sekali yang lahir dari celah relong otak yang sakit.
Yang bersidang mendengar rayuan Anwar ini bukan seorang hakim, tetapi ia lebih daripada satu dan tidak kurang daripada tiga.

Lima orang hakim
akan mendengar kes rayuan berkenaan.Tuduhan penjelajahan Anwar dan
kempen dijalankan AMK tidak boleh mempengaruhi hakim.
Adalah naif
kedudukan hakim di negara ini kalau mereka membuat keputusan berdasarkan
apa yang berlaku di luar tanpa berpegang kepada prinsip undang-undang
dan keadilan.
Walaupun ada kata para hukama dua daripada tiga hakim akan
masuk ke neraka, tetapi hakim tetap masih ada integriti dan menjaga
integritinya.
Jadi sekiranya berlaku sesuatu pada 28 dan 29 Oktober nanti seperti rayuan Anwar itu diterima, janganlah ada manusia yang beranggapan hakim mahkamah rayuan terpengaruh dengan riuh randah di luar dalam membuat keputusan?

Semua pihak kena terima dengan hati penuh terbuka dan
meletakkan keyakinan tinggi kepada para hakim. Keputusan hakim dari
kontes perundangan duniawi adalah muktamad.
Begitu juga sebaliknya sekiranya keputusan majoriti menolak rayuan Anwar itu dan menambah jumlah penjara terhadapnya, semua pihak juga perlu menerimanya dengan penuh terbuka.

Anwar dalam soal ini sudah melalui
proses-proses keadilan duniawi sepenuhnya, dimana mengikut proses
perundangan negara ini beliau memperolehinya seperti juga dilalui oleh
individu-individu lain.
Apa yang dapat disimpulkan di sini sekiranya tindakan menerusi undang-undang terhadap Anwar itu dibuat atas motif politik seperti mana dakwa Anwar, pemenjaraan Anwar kali kedua itu tidak akan merubah keadaan.

Sekiranya ia adalah idea Mohd Najib Razak atau atas restuinya,
untuk mengukuh dan mengekalkan kedudukannya ia bukan sesuatu perkara
yang bijak. Najib tidak akan menjadi senang dan selamat dengan takdir
yang bakal diterima Anwar kelak.
Walaupun Anwar tidak dapat membalas atas segala kejelekan terhadapnya, tetapi rakyat akan tetap menghukum ia satu kezaliman Najib yang dihitung sebagai menerusi legasi penzaliman Dr Mahathir ke atas Anwar.
Apakah plot sebelum ini akan berulang kembali. Dr Mahathir memajarakan Anwar selama sembilan tahun, kemudian ia dibebaskan oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kali ini Najib memenjarakan Anwar, kemudian Muhyiddin Mohd Yassin atau Ahmad Zahid Hamidi pula akan menjadi pembebas Anwar?
Kita sama-sama menanti dan menunggu, wayang politik masih belum berakhir dan filem-filem baru akan terus muncul selagi ada produser, director dan aktor.

Kita rakyat hanya penonton yang adakalanya percuma adakalanya
perlu membeli kercis untuk menyaksi sandiwara hidup. [wm.kl.8:27 am 24/10/14]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.