Followers

Saturday, October 25, 2014

Bantah Hukuman Penjara Untuk Muslim Yang Tidak Menunaikan Solat Jumaat 3 Hari Berturut2.



Kelantan. Buat satu undang2 mengarut. Ramai orang Islam tipikal memuji undang2 karut yang dibuat oleh Kelantan. 

Kerana pada mereka Kelantan ialah kerajaan Islam contoh. Sebenarnya. Bukan. Sama sekali bukan. 

Kelantan ialah sebuah negeri yang baik yang ditadbir oleh parti yang memperjuangkan idelogism islam tetapi pemimpin2 kepada parti itu ada yang seringkali jual agama untuk nampak macho dan cool bila bercakap soal Islam.

Selagi mana PAS tidak membersihkan tuduhan penyelewengan yang terpalit ke atas parti mereka, samada dalam skala besar atau kecil, kes tertutup atau tersorok, PAS ialah parti penjual agama pada aku.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil kepada kerajaan negeri Kelantan baru2 neh ;

- Kelantan akan mengenakan denda rm1,000
 
- Ataupun penjara setahun

 
- Kepada lelaki muslim yang tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut2. Itupun secara sengaja ataupun tanpa alasan kukuh.

Ada orang fikir. Kelantan menuju ke sebuah negara militan. Ektremis. Pengganas. Kuku besi. 

Sebenarnya. Aku takde masalah pun jika Kelantan mahu menghukum lelaki2 yang enggan menunaikan solat fardhu ataupun solat jumaat. Tetapi bila aku nampak duit rm1,000 sebagai denda tue aku jadi meluat. Sebagai kerajaan yang suka pongpang pasal Islam kau juga gila duit. Stail kapitalism juga yang kau heret.

Apa yang islamiknya dengan undang2 macam neh? Undang2 kau tak islamik langsung. Undang2 bersadur dengan elemen2 kapitalism kononnya nak menghukum pesalah2 agama tapi menyelitkan elemen2 yang Islam tegah.
Maksudnya apa?

Ko merogol. Ko kena tangkap. Hukuman kau ialah adik kau kena rogol.

Kau ingat, ini betul? Ini tak kena dengan apa yang Islam anjurkan.
Point aku.

- Bagi aku orang kaya. RM1,000 boleh dicari pada bila2 masa. Kalau pun kena tangkap dan dakwa, setakat bayar rm1,000 apa la dorang nak heran. Orang kaya ma.

- Bahkan terbuka kepada penyelewengan kuasa. Andaikata kerajaan perlu menambahkan pendapatan, boleh jadi mereka akan beria2 siasat mana2 lelaki muslim yang sengaja tinggalkan solat jumaat 3 hari berturut2 bagi mendapatkan duit denda2 banyak untuk dimasukkan ke dalam kantung negeri atau negara. Aku taktau sangat bagaimana protokol undang2. Ini sekadar contoh. 

-  Orang yang malas bersolat menindas pembayar cukai. Sudah la malas bersolat, pembayar cukai nak tanggung kehidupan mereka dalam penjara selama setahun? What the hell. 

Kau sapa? Ko malas bersolat dan apa kaitan rakyat dengan tindakan kau sampai nak tanggung hidup kau selama setahun?

Dah malas sorang2 aje la. Tak denda pun lagi bagus dari denda. Sudah la pemalas nak solat nak mampos. Lepas tue heret rakyat dalam kemalasan kau pula.  

Apa punya bodoh gile la undang2 neh. Dari tanggung hidup orang2 pemalas macam tue baik kumpul duit dan laburkan bagi membina prasarana2 di Kelantan.

Bekalkan air yang bersih. Saliran air yang tersusun. Bersihkan Kelantan. Bina jalanraya. Sediakan sistem pengangkutan yang effisen.

Ini lebih baik. Rakyat Kelantan gak yang untung bila prasarana Kelantan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Yang neh apa yang untungnya kalau pembayar cukai p tanggung makan hidup berak kencing seorang pemalas solat jumaat?

Satu sen pun takde faedah. Hukuman yang bangang neh perlu dilawan. Meskipun aku tak nafikan. Ada banyak hukuman2 bangang kat negara neh yang aku lawan. Tapi aku hurai bab neh dulu la. Untuk dijadikan contoh.

Nak mendenda tue tak salah. Tapi ketika mengenakan denda jangan sampai melakukan diskriminasi miskin kaya. Dan jangan sampai menyusahkan hak orang lain.

Denda yang sepatutnya untuk pemalas2 neh ialah khidmat masyarakat. Cuci longkang ka. Tandas ka. Buat kerja2 berat ka. Jadi buruh sementara ka. Apa2 je la. Janji dorang rasa terseksa ketika menjalani denda. 

Sekaligus akan membantu dorang rasa serik dan fobia untuk lawan undang2 lagi. Didik, dapat. Tak rugi duit untuk tanggung pesalah2 tue. Dorang pun reti serik. Miskin atau kaya, rasa cuak. Sebab tanpa elemen diskriminasi duit kat situ.

Bahkan. Banyak jenis hukuman yang kat negara neh kalau kita pinda satu persatu kepada khidmat masyarakat, taubat la pesalah2 neh akan main langgar jek lain kali. 

Polis nak makan rasuah pun susah la sikit la walaupun boleh. Sebab dah ramai2 tak berani langgar undang2. Macam mana polis kau nak makan rasuah kan.

KAH KAH KAH

Yes. Aku lawan jenis hukuman pada undang2 neh. Lantak korang la nak cakap apa pun.
Kbai. 



Ameno World

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.