Followers

Saturday, October 25, 2014

Anwar rela ke penjara jika ia beri contoh baik kepada anak muda - OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Anwar rela ke penjara jika ia beri contoh baik kepada anak muda

OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Published: 24 October 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin generasi muda mengerti setiap perubahan yang ingin dilakukan akan diiringi ujian. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kisah walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya demi menyampaikan mesej betul kepada rakyat untuk perubahan, menjelang keputusan perbicaraannya minggu hadapan.

Anwar, 67, berdepan hukuman penjara 20 tahun di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang disifatkannya bermotif politik dan mengatakan tidak baik jika beliau memilih berada di luar negara dan lari daripada perbicaraan.

"Sekiranya saya berundur, dari segi maknanya berada di luar walaupun terus berjuang, ia mesej tidak positif kepada anak-anak muda," kata Anwar dalam wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

"Jadi saya mahu anak-anak muda mengerti, untuk ada dan mulakan perubahan mereka harus menerima kenyataan adanya ujian."

Anwar juga mengakui terdapat ramai pihak yang menawarkan kepadanya untuk kekal berada di luar negara tetapi ditolak.

"Saya ada pilihan untuk berada di luar. Semasa saya di London minggu lalu, sarjana Islam terutama kawan-kawan lain minta saya kekal di London atau Istanbul kerana mereka tidak anggap badan kehakiman itu bebas. Mereka berkata mengapa saya perlu didera," katanya.

Bagaimanapun, Anwar enggan memilih jalan penyelesaian tersebut sebaliknya masih menaruh harapan terhadap badan kehakiman untuk memberinya perbicaraan yang adil.

"Mandela sendiri cuba melarikan diri masa ditangkap, bukan menyerah. Jadi saya tidak jadi hero untuk menyerah begitu rupa.

"Saya masih beri ruang kepada badan kehakiman untuk memutuskan berdasar hukum dan fakta," katanya.

Menurut Anwar, jika beliau memilih melawan di luar tanpa kembali ke Malaysia berdepan perbicaraan, ia bukan satu contoh baik kepada anak-anak muda.

"Tapi kalau saya sendiri mengambil sikap begitu, tentunya akan sukar untuk mereka," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menyifatkan langkahnya pulang dan berdepan perbicaraan pada 28 Oktober ini sebagai bukti beliau tidak mudah mengalah.

"Kalau kita tunduk mudah, kita seolah-olah mengalah dan bersekongkol dengan sistem demikian," katanya.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan terakhir Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini juga menggesa Putrajaya menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar.

Anwar juga tidak henti meneruskan kempen penerangan ke seluruh negara dengan mengadakan ceramah bertemakan "Rakyat Hakim Negara" bagi mendapatkan sokongan massa menjelang perbicaraannya nanti. – 24 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.