Followers

Saturday, October 25, 2014

Apa salahnya Fahmi sokong Anwar, soal pertubuhan mahasiswa

Published: 25 October 2014

Program yang dianjurkan PMUM dikatakan bertujuan menunjukkan solidariti kepad Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM.

Sebuah pertubuhan pelajar membidas tindakan Universiti Malaya (UM) yang bakal menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, gara-gara penglibatannya dalam menganjurkan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara.”

Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) menyifatkan tindakan menggantung pengajian Fahmi sangat memalukan dan sekali lagi, mencerminkan sikap kerakusan dan autoritarian pihak pengurusan UM.

Penyelaras Ganyang Andrian Lim Chee En berkata, penganjuran program itu bukan satu jenayah, ia tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan alumni UM yang akan menghadapi satu perbicaraan kes mahkamah.

"Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat Malaysia yang lain. Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya?

"Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?" soalnya dalam satu kenyataan.

"Ganyang akan menyokong segala usaha mengembalikan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, termasuk program ini," katanya merujuk program yang akan diadakan pada Isnin malam di Dataran Dewan Tunku Canselor, kampus UM.

Beliau berkata, Ganyang yang dibentuk gabungan 20 persatuan mahasiswa daripada 10 institut pengajian tinggi awam dan swasta, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UM menganggap satu kesalahan bagi mereka mempertahankan hak Ketua Pembangkang itu.

"Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu dari kaca mata pihak pengurusan UM?" soalnya mengulas kenyataan Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof yang universiti bakal mengambil tindakan displin dengan menggantung pengajian Fahmi.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan diberi surat tunjuk sebab oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana menganjurkan program itu sehari sebelum Anwar dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan bagi peringkat terakhir rayuan kes liwatnya.

Oleh itu, Andrian berkata Ganyang menyeru mahasiswa diberikan kebebasan sepenuhnya menganjurkan program tanpa sebarang tekanan daripada pihak universiti.

"Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan menganjurkan program tanpa dicengkam pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara," katanya.

Katanya lagi, berdasarkan matlamat Ganyang yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, ia menyatakan sokongan terhadap program PMUM itu. – 25 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-salahnya-fahmi-sokong-anwar-soal-pertubuhan-mahasiswa#sthash.6oLw6GBN.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.