Followers

Friday, October 17, 2014

Kerajaan BN - Jangan Kangkungkan Kami !!


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh. 
 
Beliau juga dipetik sebagai berkata, jika subsidi sebanyak RM24 bilion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.
1) Apabila Kerajaan Persekutuan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dalam September 2013, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh September 2013 hingga September 2014 adalah RM4.7 bilion;

2) Apabila harga petrol dan diesel dinaikkan lagi 20 sen baru-baru ini, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh Oktober 2014 hingga Disember 2014 ialah RM1.4 bilion.

Persoalannya???

Tunjukkan kepada rakyat dimanakah lokasi berpuluh-puluh hospital, sekolah dan universiti yang telah dibina??. 
 
Tunjukkan juga kepada rakyat dimanakah lokasi berpuluh-puluh perkhidmatan bas-bas baru yang telah disediakan oleh Barisan Nasional hasil penjimatan sebanyak RM6.1 bilion ini dalam tempoh setahun yang lalu??

Malangnya kita tahu wang ini tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terus membiayai keborosan pimpinan kerajaan dan peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada rakyat.

Datuk Ahmad Maslan di seru supaya berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang. 
 
Pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Datuk Ahmad Maslan itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang. 
 
Sewajarnya untuk mengurangkan belanja kerajaan, lebih berkesan sekiranya Datuk Ahmad Maslan mencari jalan untuk mengurang hutang dan memotong bayaran faedah dan bunga dari hutang-hutang tersebut.

 
(Kredit: Rafizi Ramli)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.