Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik
Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin
kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.
Penyelaras SAMM Johor Hadzril
Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta
itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.”…sedangkan ramai
lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa
keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
“Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,” kata Hadzril.
Sehubungan
itu, Hadzril menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor
yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut
Jantung Negara (IJN).
Rozita,
41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama
hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul
pada 11 Disember 2013.
Sebelum
ini mereka dilapor mendapat tajaan perkahwinan pelbagai pihak yang
mencecah kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan
barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.
Rozita
mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy,
18, dan Aniq Ezzra, 16 tahun. Rozita dijangka bersalin pada bila-bila
masa dalam tempoh dua minggu ini.
KL-TODAY.COM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.