Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap menindas DAP mangsa bagi melindungi komen negatif beliau terhadap kaum bukan Melayu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap menindas DAP mangsa bagi melindungi komen negatif beliau terhadap kaum bukan Melayu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadikan partinya "kambing hitam" untuk menyelamatkan diri selepas mengeluarkan kenyataan tentang kaum bukan Melayu.
Lim berkata Zahid yang juga naib presiden Umno, mengubah kenyataannya dan mendakwa ia ditujukan kepada DAP, selepas beliau diselar pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung komennya.
"Saya rasa ini adalah cara untuk menindas dan menjadikan DAP sebagai mangsa," kata ketua menteri Pulau Pinang itu selepas mempengerusikan mesyuarat exco di George Town hari ini.
Semalam, akhbar berbahasa Inggeris The Sun melaporkan Zahid sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga tinggi kerana terlalu baik dan golongan bukan Melayu semakin angkuh di negara ini.
Beliau dilaporkan berkata penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.
Menurut Zahid, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyarakat Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut. – 3 September, 2014.
www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-jadikan-dap-kambing-hitam-kata-guan-eng#sthash.rLRWymZH.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.