SEORANG
pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di
Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak
perempuan.
Thomas
Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat
gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus
Hall di Wexford.
Dia
mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi
terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne
Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran
tingkap.
"Saya
terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit
gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu
kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.
"Saya
juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak
perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu
kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat,"
katanya.
Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766.
Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus.
Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia.
-mstar-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.