Followers

Sunday, September 21, 2014

Tiada kompromi pilih Wan Azizah calon MB, kata PKR

 
Aku percaya jika calon pas naik menjadi MB...sah pilihanraya negeri Selangor. Ini memerlukan Pas mengkaji semula peranan dalam Pakatan , atau bertanding bersendirian lebih bermaruah setelah bertelagah mengenai jawatan MB. Di ketika inilah PAS dijangka akan kehilangan lebih separuh dari apa yang dimenanginya
Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.PKR hari ini sekali lagi menegaskan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap menjadi pilihan parti itu bagi jawatan menteri besar Selangor dan tiada kompromi dibuat bagimenukar pendirian itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas desus mengatakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan melantik calon lain adalah tidak tepat."Sebarang berita kononnya Anwar bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat. 
"Keputusan dan pendirian PKR adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan.
"Maka, sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan. – 21 September, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.