Followers

Sunday, September 21, 2014

Pelajar Tidak Senonoh Dalam Bas. Men gapa? - Posted by Ibnu Hasyim

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR_CWT-BDUqKB0zcAwHgVCm6miipbQ8MLHEZxpvxpzz6wla0dhURD1MuLMlCrkF31us9cz9XT_2s1xxlj94gOfQ3BUpVpbNuG8ddDPmjmodoI8-Da5N3TZnMP9-T86M7wU6C_kqXGzVF34/s1600/AKSI_SEKS_KANTOI_DALAM_BAS.jpg

KUANTAN - Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Lapor Bernama pagi ini..

Menurut berita itu lagi, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.
"Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. (Sumber dari Bernama)

Mengapa terjadi begitu? 

Salah satu sebabnya ialah kerana kecacatan dasar pelajaran kita. Dasar pelajaran yang membawa ke arah menuntut ilmu sahaja, tetapi tidak membawa ke arah menjadi insan profesional yang bertaqwa, seperti yang dikehendaki agama dan kemanusiaan. (IH).
 
Ibnu Hasyim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.