Muktamar PAS ke 60 sewajarnya digunakan untuk mendamaikan suasana. PAS
yang bertelagah dengan PKR seharusnya berdamai jika tahaluf siyasi mahu
diteruskan. PAS tidak mahu meninggalkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tidak
perlu lagi dipanjangkan perkara yang menyentuh pertelagahan kedua belah
pihak seperti isu perlantikan MB Selangor, Langkah Kajang dan
sebagainya.
Sebaliknya, Hadi meneruskan ketidakpuasan hatinya berhubung isu perlantikan MB. Mendakwa PAS perlu campurtangan kerana terdapat isu sultan dan menjaga agama di sebalik pertukaran MB itu.
"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.
"Oleh itu kita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.
"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Hadi.
Sebelum isu menjaga sultan dan agama ditimbulkan ada baiknya Hadi menajamkan semula ingatannya ketika beliau bersetuju PAS membawa kes penggulingan MB Perak Nizar Jamaluddin ke mahkamah pada 2009.
PAS
berkata MB Nizar dilucut jawatan secara tidak berpelembagaan oleh sultan
Perak. Tindakan mahkamah diambil atas restu Hadi. Adakah ketika itu
PAS tidak terfikir sultan menjaga agama dan perlu ditaati seperti di
Selangor?
Ataukah apabila PAS yang terkena batang hidung maka ianya berbeza. Apabila PKR menghadapi masalah dengan istana maka PAS perlu campurtangan menyelamatkan air muka sultan.
Konsep wesminister
Bukankah PAS bertindak pada 2009 berasaskan konsep raja berperlembagaan? Konsep itu diambil daripada British yang tidak membenarkan raja campurtangan dalam pemerintahan. British yang meninggalkan Tanah Melayu, melalui suruhanjaya Reid, menggariskan perlembagaan yang mirip perlembagaan British.
Raja di Selangor tidak sama dengan Emir Kuwait. Kuwait menganjurkan pilihan raya selepas dibebaskan oleh Amerika dalam Perang Teluk pada 1990 lalu. Tetapi Emir berkuasa penuh untuk memilih sesiapa sahaja yang disukai menjadi ketua kerajaan.
Sultan Selangor terikat dengan amalan wesminister, begitu juga sultan Perak sebelumnya. Majoriti Dewan menjadi penentu. Sekiranya Dewan tidak bersetuju dengan calon pilihan sultan maka Dewan boleh membuat undi tidak percaya.
Tidak diketahui dari manakah Hadi mengambil konsep menjaga raja, adakah dari Umno? Parti pemerintah BN pun menggunakan raja dalam beberapa perkara tertentu untuk memudahkan mereka merompak kewangan negara, bukan menjaga raja.
Hak raja untuk memulangkan semula undang-undang yang dilulus Dewan Rakyat misalnya tidak lagi terpakai. Sebaliknya, undang-undang akan terus dikuatkuasa sama ada raja bersetuju atau tidak, sebaik sahaja dilulus Dewan.

Maknanya, konsep pemerintahan negara ini meletakkan raja
hanya sebagai simbol dan tiada kuasa veto. Adakah PAS mahu meminda
perlembagaan memberi raja kuasa mutlak?
Hujah Hadi yang berbelit-belit mengaitkan sikap rajuknya dengan PKR kerana tidak dirundingi sebelum mengganti MB Selangor pula akan memeningkan pengundi atas pagar serta bukan Islam.
Hadi mengakui Pakatan tidak mempunyai perjanjian yang mantap dan merupakan perikatan longgar tetapi bukanlah longgar serba serbi sehingga tidak mampu mentadbir dengan berkesan sebagaimana ditunjukkan dalam krisis Selangor.
"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.
"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," kata hadi dipetik.
Hadi mengakui tiada persefahaman tetapi penasihat seumur hidupnya, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali telah dua kali menegaskan kerusi MB adalah milik PKR sebelum Anwar bertindak menukar Khalid pada Julai lalu.
Jika PAS ingin campurtangan sebaik-baiknya PAS mengumumkan yang mereka ingin dirundingi dan tidak membantahnya melalui pelbagai sabotaj.
Sebelum ini, perlantikan MB Kelantan seusai PRU 13 misalnya, tidak pernah dirundingi PAS dengan rakan komponen lain. Hanya perlantikan MB Selangor sahaja yang lambat kerana PKR ingin menukar Khalid tetapi PAS berdegil.

Hadi menghantar surat mencadangkan nama Khalid kepada sultan
Selangor, diikuti DAP dan PKR tiada pilihan. Tidak wujud pula konsep
rundingan meja bulat, budar atau rundingan kedai kopi sebaik sahaja PAS
ingin menyokong seseorang calon.
Sepatutnya PKR yang merajuk, bukan Hadi. PKR dibuli kerana mereka parti baru. PAS tidak membenarkan PKR membuat keputusan sendiri. Mati hidup balik, PAS tidak akan berani campurtangan jika DAP ingin menukar Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Sepatah haram Hadi tak akan bersuara mahu
dirundingi terlebih dahulu mengenai jawatan ketua menteri.
Belum lagi
insiden di peringkat akar umbi yang mana di Kelantan dan Terengganu,
PKR dipandang tidak wujud dan tenaga mereka diperlukan hanya sebagai
macai memasang bendera pilihan raya sahaja.
Bukan Islam sinis
Sikap ‘tidak berhemah’ golongan agamawan inilah yang kini dipandang jelek oleh bukan Islam. Kepercayaan bukan Islam terhadap PAS semakin kritikal.

Apatah lagi berhadapan dengan kempen Hudud. Mereka yang mahu
percaya Hudud hanya untuk orang Islam mungkin selepas ini akan sangsi
kerana sikap PAS yang sering tidak menepati janji.
Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menepati janji dalam Hudaibiyah biar pun merugikan orang Islam buat sementara. Apabila bukan Islam yakin orang Islam mampu memegang amanah maka sebaik sahaja kuasa Islam menakluk maka mereka tidak akan bangun memberontak dan meneruskan perang.
Namun dengan sikap PAS yang berbolak-balik tidak ramai bukan Islam yang sanggup menerima janji PAS. Natijahnya, dalam PRU 14 PAS akan kalah banyak kerusi di kawasan undi penentu adalah bukan Islam. Atau lebih baik PAS sedar diri dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR sebelum kalah.
Itu pun jika mereka boleh berfikir dalam kerangka strategi tetapi jika berfikir bahawa PKR parti mentah dan tidak berguna tanpa Anwar maka bersedialah untuk kalah. Cuma, yang hebatnya, apabila kalah PAS akan berkata itu takdir Allah tanpa memeriksa kelemahan diri mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.