Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?
PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut
laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan
kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak
menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.
Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang
juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi
menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui
portfolio yang bakal dipegang.
Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.
Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat
mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin
meminggirkan Exco daripada PAS.
Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS
berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin
kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Exco PAS
yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah
Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.