Kita
semua tahu apa yang ahli-ahli politik Malaysia katakan, tetapi apakah
yang sebenarnya mereka maksudkan?
Kita mengetahui pertembungan yang
sengit di antara bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas
timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertelagahan terbuka mereka telah
berlangsung untuk sekurang-kurangnya tiga puluh tahun.
Walaupun
selepas Mahathir bersara, pertempuran antara kedua-duanya tidak reda.
Malaysia mahu bergerak ke hadapan dan meninggalkan helah yang
memecah-belahkan dan dasar tindakan afirmatif tidak adil yang telah
menggores negara ini, tetapi Mahathir masih mahu mendapatkan perhatian.
Beliau
telah mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Badawi dan PM semasa, Datuk
Seri Najib Razak. Seperti orang gila, Mahathir juga mahu memastikan
kemusnahan Anwar, sebelum beliau mati.
Anwar
adalah ancaman terbesar bukan sahaja kepada Mahathir, tetapi juga untuk
Umno-Baru. Jika Umno-Baru pupus, adalah mustahil bagi anak lelaki Dr
Mahathir meneruskan legasinya.
Najib
mungkin kelihatan seperti sakit kepala yang berulang-ulang kepada
Mahathir, tetapi masih boleh diubati dengan aspirin.
Anwar ialah sesuatu
yang berbeza. Beliau adalah seperti sebuah ketumbuhan dalam kepala
Mahathir, yang perlu dibuang.
Anwar adalah seperti lemak dalam arteri
Umno-Baru. Jika arteri kekal tersumbat, aliran darah akhirnya boleh
terhenti.
Januari
lalu, tidak lama selepas Serampang Kajang diumumkan, Mahathir mengejek
Anwar dan berkata Anwar bersedia untuk mengambil "langkah-langkah
kecil", hanya untuk menjadi MB. Dalam sebuah siaran Radio 24, beliau
berkata,
"Dia (Anwar) sentiasa mahu menjadi pemimpin kerajaan. Jika dia
tidak boleh mendapatkan jawatan tertinggi, sekurang-kurangnya dia
mendapat jawatan yang lebih kecil."
Apa yang Mahathir maksudkan ialah, "Saya tidak akan membenarkan beliau menjadi MB, dengan apa cara sekalipun."
Anwar,
isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atau sesiapa dalam
Pakatan Rakyat, yang tidak mempunyai rahsia tersembunyi, yang Umno-Baru
boleh gunakan untuk memeras ugut, tidak akan menjadi MB.
Golongan bijak
pandai pernah berkata, "Anda tidak boleh menipu orang yang jujur”.
Hubungan
antara Mahathir dan Anwar bermula pada lewat 1960-an, apabila Mahathir
memikat Anwar, yang ketika itu merupakan pemimpin pelajar yang aktif di
Universiti Malaya (UM).
Anwar telah menuntut di Kolej Melayu Kuala
Kangsar (MCKK), cemerlang dalam berdebat, menjadi pengawas sekolah dan
memimpin banyak kumpulan-kumpulan Islam.
Sewaktu
menuntut di UM, Anwar kerap berkunjung ke rumah Mahathir, bagi
membincangkan pelbagai kebimbangan yang sama mengenai orang Melayu dan
Islam.
Kedua-dua lelaki ini sedang memupuk kelayakan mereka sebagai
nasionalis Melayu – Anwar sebagai pemimpin pelajar, Mahathir sebagai
seorang ahli parlimen.
Dalam tahun-tahun berikutnya, Anwar menjadi lebih
inklusif terhadap kaum dan kumpulan agama lain, tetapi Mahathir kekal
sebagai pejuang "Ketuanan Melayu".
Barry
Wain menulis dalam bukunya "The Malaysian Maverick", Anwar sebagai
pemimpin pelajar, aktif dalam menangani kemunduran Melayu dalam bidang
kesihatan, pendidikan dan ekonomi, tetapi dalam dekad yang berikutnya,
ini berubah.
Anwar
mendapati dirinya bercanggah dengan Mahathir, yang pada masa itu telah
diterima semula ke dalam Umno oleh Tun Abdul Razak, dan dilantik sebagai
Menteri Pendidikan.
Anwar
memimpin banyak perarakan bagi membawa kesedaran terhadap golongan
miskin pedalaman.
Bagi membendung rusuhan pelajar, Mahathir mengarahkan
penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan
memenjarakannya selama 22 bulan.
Ini adalah untuk menghukum pelajar
kerana menjalankan protes, dan mengetengahkan penderitaan petani-petani
pedalaman dan penduduk-penduduk Kedah, pada tahun 1974.
Anwar
juga merupakan ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Mahathir
mengenalpastinya sebagai salah sebuah alat untuk mempromosikan
kerajaannya sendiri, terutamanya kerana Anwar mendapat sokongan daripada
para pelajar dan memperjuangkan pelbagai isu-isu Melayu dan Islam.
Dulu,
seperti juga kini, Anwar mampu merangsang banyak NGO dan ramai pelajar.
Mahathir tahu bahawa Anwar mampu menyatukan pelbagai orang, tetapi
dengan kesedaran itu, mungkin Mahathir turut mengetahui bahawa pada satu
ketika, Anwar juga bakal menjadi seorang musuh yang paling
membahayakan.
Apa yang
Mahathir lakukan? Beliau memujuk Anwar untuk meninggalkan ABIM dan
menyertai Umno, supaya melalui hanya satu tindakan, Mahathir memadamkan
sebuah ancaman terhadap kuasanya, dan memanipulasi Anwar untuk agendanya
sendiri.
Anwar yang ketika itu masih mentah, mungkin menyangkakan
bahawa beliau boleh memperjuangkan pelbagai isu dari dalam Umno.
Mahathir
telah menggunakan Anwar pada 1970-an, sama seperti beliau mempergunakan
rakyat sekarang.
Mahathir mungkin telah membendung kuasa sultan tidak
lama selepas itu, tetapi dia berhati-hati untuk meninggalkan mereka
dengan kuasa yang cukup untuk menjadi alat yang berguna kepada
Umno-Baru, pada masa akan datang.
Pada
Januari lalu, selepas Serampang Kajang diumumkan, Dr Mahathir berkata,
"Dia (Anwar) tidak menyertai Umno kerana dia mencintai parti ini.
Anwar
melihatnya sebagai satu langkah untuk berada lebih dekat dengan
cita-citanya untuk menjadi PM. Jika dia tidak menyertai Umno, dia tidak
boleh menjadi PM.”
Maksud
Mahathir, "Pada tahun 1970, saya memadamkan ancaman kepada Umno, dengan
menjadikan Anwar salah seorang daripada kami.
Dia membawa kehormatan
kepada pentadbiran saya, kerana beliau memperjuangkan orang Melayu dan
Islam dengan lebih baik.
Beliau merangsang rakyat, tetapi saya tidak
suka apabila dia menjadi lebih popular daripada saya. Saya mempunyai
legasi untuk dilindungi. Sebab itu, Anwar perlu ditangani."
Hari ini
kita dapat lihat manifestasi dendam Mahathir, dengan serangan terhadap
perwatakan, kes-kes mahkamah dan video seks yang berpanjangan terhadap
Anwar.
Jika itu tidak mencukupi, pencalonan isteri Anwar, Wan Azizah di
Selangor tidak dipersetujui oleh sultan, dan tidak ada alasan diberikan.
Beruntung kita dapat memiliki sistem raja berperlembagaan, di Malaysia.
Mariam Mokhtar adalah “seorang warga Malaysia yang berani berkata benar.
-theantdaily-
Komen:
Sebijak
bijak Anwar pun, terperangkap dengan janji2 manis Mamakdey Kerala -
takut dengan pengaruh Anwar diluar yang akan menguatkan PAS ketika itu -
dia telah mempelawa Anwar masuk UMNO konon untuk mengislamkan sistem
pentadbiran negara.
Akhirnya, Anwar terplelanting keluar dengan fitnah
yang dilakukan Mamakdey sendiri, hanya kerana tidak mahu mengikut
segala kehendaknya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.