Pemuda PAS nasihat PKR, DAP akur pilihan sultan??
PKR dan DAP perlu akur menerima sesiapa sahaja yang dilantik istana sebagai menteri besar Selangor baru selagi ia seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Seruan itu dibuat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang melihat krisis menteri besar ini sudah terlalu lama berlarutan.
"Rakyat akan bertambah bosan dan muak jika masih ada usaha mengheret krisis ini tanpa penghujung.
"Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan sesiapa yang Sultan lantik sebagai MB selagi ia dari Pakatan Rakyat.
"Pulihkan kembali muafakat kita. Kembali ke meja rundingan. Susun kembali strategi untuk menguasai suasana politik yang berkecamuk ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin sudah menjangka krisis ini akan berlaku sejak awal lagi.
Justeru, MP Marang itu memilih untuk tidak bertembung dengan istana dan langkah yang sama sewajarnya diteladani PKR dan DAP, kata Suhaizan.
'Elak pertembungan'
"Kini krisis masuk fasa yang baru. Sultan murka kepada PKR dan DAP. Mungkin ini yang berada di pemikiran Presiden dari awal.
"Mengelakkan pertembungan dengan istana sementelah PAS adalah sebuah parti yang amat dekat dengan orang Melayu," katanya.
Suhaizan menegaskan kestabilan perlu dikembalikan di Selangor agar "Umno tidak dapat mengambil peluang."
"Dengan itu saya mengharapkan adanya cahaya di hujung terowong gelap ini," katanya.
Sementara itu, Wanita Pakatan Rakyat turut menggesa agar pemimpin ketiga-tiga parti mencapai kata sepakat menyelesaikan isu itu.
"Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersama mendesak agar pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat segera duduk semeja.
"Ia bagi membincangkan penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat oleh Pakatan Rakyat atas kemelut berlanjutan berkaitan isu menteri besar Selangor," kenyataan bersama mereka dipetik.
Wanita Pakatan gesa duduk bincang
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Wanita Pakatan hari ini mendesak ketiga-tiga parti dalam gabungan itu duduk semeja membincangkan "penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat" bagi krisis itu.
"Prinsip-prinsip bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui selama ini perlu dihormati dan dipatuhi bagi memastikan kelangsungan kesepakatan rakyat selari dengan tekad kita bahawa Pakatan harapan rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin wanita Pakatan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.
Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.