Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin antara Wanita Pakatan Rakyat yang mendesak ketiga-tiga induk mereka, PAS, PKR dan DAP supaya menyelesaikan kemelut Selangor.
Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin antara Wanita Pakatan Rakyat yang mendesak ketiga-tiga induk mereka, PAS, PKR dan DAP supaya menyelesaikan kemelut Selangor.
Selepas sayap Pemuda, hari ini sayap Wanita Pakatan Rakyat pula mendesak ketiga-tiga induk mereka iaitu PAS, PKR dan DAP duduk semeja menyelesaikan kemelut di Selangor yang semakin teruk.
Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka mendesak pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan membincangkan "penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat" bagi isu berkaitan menteri besar Selangor.
"Prinsip bersama Pakatan yang dipersetujui selama ini perlu dihormati dan dipatuhi bagi memastikan kelangsungan kesepakatan rakyat selari dengan tekad kita bahawa Pakatan harapan rakyat," kata mereka dalam kenyataan itu.
Ia ditandatangani Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, sayap Pemuda Pakatan menawarkan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan krisis di Selangor selepas 'orang tua' mereka dilihat tidak sepakat.
Dalam kenyataan bersama itu, ketiga-tiga pemimpin Pemuda Pakatan menggesa supaya kebuntuan itu diselesaikan segera.
"Pemuda Pakatan bermuafakat menggesa kepimpinan utama Pakatan menyelesaikan krisis menteri besar Selangor dengan segera," kata kenyataan yang ditandangani Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy, Teo Kok Seong.
Ketiga-tiga pemimpin Pemuda Pakatan itu juga akan mengadakan pertemuan dengan ketiga-tiga pemimpin utama gabungan pembangkang bagi menyatakan hasrat mereka.
"Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda dan harapan anak muda Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan pada 8 September. – 10 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.