http://assets.nst.com.my/images/articles/3006news23.transformed_0.jpg
Lihatlah bagaimana NAJIB menerima teguran dan memperbaiki apa yang ditegur keatasnya... dan lihatlah bagaimana keadaan HADI AWANG apabila ditegur...habis keliling kelalng beliau bangun mempertahankan tindakan beliau walaupun hakikatnya hanya segelintir sahaja yang masih mempertahankan apa yang diperkatakan oleh HADI itu....
Walaupun mantan PM yang menegurnya NAJIB relax and cool sahaja menerima teguran tersebut...sedangkan lihatlah HADI...walaupun beberapa pihak menegur termasuk LAJNAH UNDANG-UNDANG PAS mengatakan apa yang dilakukan oleh PRESIDEN itu melanggari PERLEMBAGAAN namun masih ada pihak-pihak dengan lantang mempertahankan tidakan tersebut walaupun ia kelihatan menyonsang arus....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hikmah di sebalik teguran pada PM
IBRAHIM ABDULLAH
SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Setelah beberapa kali menegur sebelum ini, sejak merosot pengundian pilihan raya 2013, sehingga membawa tercetus peristiwa Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tertembak jatuh pesawat MH17 serta lain-lainnya, Tun Mahathir meneruskan amalannya dengan teguran sinis ibarat teguran ayah kepada anak dan juga mengenai pembodek serta penasihat yang sering menyebabkan seseorang yang berkuasa dibenci dan akhirnya jatuh tersungkur.
Selain mengingatkan mereka yang berkuasa tentang teguran pihak ketiga yang dianggapnya ikhlas berbanding pembodek dan penasihat yang berselindung kepentingan peribadi, Tun Mahathir juga mahu mereka yang berkuasa agar jangan memandang rendah terhadap tindakan rakyat menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka.
Menurut Tun Mahathir, sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu juga pernah membunuh Sultan Mahmud walaupun secara umumnya mereka adalah taat dan setia kepada raja.
Tun Daim, setelah dua kali menegur PM sebelum ini dengan pertama mengenai subsidi, kenaikan harga barang, tol dan seumpamanya serta kali kedua menyifatkan kerajaan sekarang ini sebagai rapuh dan mungkin tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau meneruskan teguran dalam sebuah program bual bicara dengan usahawan anjuran Mida dan Perdasama.
Bekas Menteri Kewangan itu menegur pengurusan negara, terutama berkaitan menjaga kepentingan Melayu dan usaha pengembangan ekonomi yang menyebabkan hutang negara ketika ini mencecah ratusan bilion ringgit.
Tun Mahathir dan Tun Daim mungkin memberikan teguran kerana masih sayangkan PM dan negara ini.
Mereka jelas inginkan kerajaan sekarang terus berkuasa memegang pemerintahan. Teguran demi teguran dan kritikan yang dilontarkan adalah dengan harapan agar PM sedia berubah dan menerima teguran serta nasihat, seterusnya kekal berkuasa.
Sebaliknya, jika PM bersikap acuh tak acuh terhadap semua teguran itu, kesannya akan melimpah kepada rakyat dan pengundi.
Justeru, PM hendaklah berusaha untuk memperbaiki sokongan rakyat terhadap kepimpinannya agar tidak terjatuh ke pihak yang lain. Walaupun sudah bersara tetapi kedua-dua bekas pemimpin itu masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan rakyat.
Dalam pilihan raya 2004 di mana BN mencatat sejarah mencapai keputusan paling cemerlang dengan kemenangan 198 kerusi Parlimen tetapi dengan serangan berterusan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah selepas itu, kemenangan BN telah menurun kepada hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.
Namun dalam pilihan raya 2013, walaupun kecenderungan rakyat untuk menumbangkan BN, tetapi peranan Tun Mahathir dan Tun Daim mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dan berkempen di beberapa kawasan telah dapat mengelakkan BN daripada kehilangan kuasa.
Antara peranan kedua-dua pemimpin itu yang sangat menonjol ialah mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dan membantu BN menawan Kedah yang seterusnya menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besarnya.
Justeru, jika PM tidak menanganinya dengan membetulkan apa-apa yang tidak betul dalam kepimpinannya, tidak syak lagi penyudah kepada teguran dan kritikan berterusan Tun Mahathir dan Tun Daim tersebut akan memudahkan lagi perubahan yang sudah pun diterjemahkan melalui 52 peratus undi popular sebelum ini.
Terpulang kepada PM sama ada beliau mahu terus berkuasa atau sebaliknya.
KedahLanie

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.