Assalamualaikum, malam ni saya nak update entri mengenai wanita yang bekerja di Medan Selera sebelah Sogo (mengikut maklumat) .
Wanita tersebut dipercayai warga Indonesia. Lelaki yang menyimbah minyah tersebut dipercayai datang meminta makanan tetapi wanita tersebut tidak memenuhi permintaan suspek dan makanan tidak diberi tetapi ditambah lagi dengan kata-kata dari wanita tersebut " Badan sihat tapi meminta-minta..nape tak cari kerja"Lebih kurang begitulah apa yang diucapkan mangsa tersebut.
Lalu, lelaki tersebut berang, pergi dan datang balik dengan membaling
sesuatu ke dalam minyak kuali panas lalu terkena mangsa. mangsa terjatuh
dan disimbah lagi saki-baki minyak yang ada.
Mengikut maklumat yang lain, lelaki tersebut dikatakan kurang siuman dan
selalu menganggu pengunjung-pengunjung yang datang ke situ.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.