Followers

Thursday, August 14, 2014

(Exco) Selangor Rodziah bersama keputusan PKR dalam isu MB Selangor


Rodziah Ismail akur kepada keputusan PKR kerana perpegang kepada amanah dan memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.“Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. 
 
Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan awal pagi ini.

Rodziah juga menjelaskan dalam kenyataan beliau sebelum ini berada di Bangkok, Thailand selama tiga hari mewakili PKR dalam kursus politik.

Khalid memecat lima exco PKR dan DAP pada Selasa, menyebabkan Selangor hanya tinggal empat exco daripada PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.