Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.
Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – TMI (26 Ogos, 2014)
KENYATAAN MEDIA RINGKAS
MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER
Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.
Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa.
Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.
DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014
ULASAN GB
S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.
Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS.
Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak
sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun
dah salah, bertaraf PhD plak tu!
Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan.
Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan.
TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan
kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak
mendedahkan identiti sumber berkenaan.
Kerana ia bakal mendedahkan
sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga
kecuali dengan perintah mahkamah.
Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.
Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.
Demi menegakkan kebenaran, GB akan membuat kenyataan "permohonan maaf" besar-besar kerana turut menyebarkan laporan tersebut jika laporan itu disahkan fitnah dan palsu.
Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.
Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.
Demi menegakkan kebenaran, GB akan membuat kenyataan "permohonan maaf" besar-besar kerana turut menyebarkan laporan tersebut jika laporan itu disahkan fitnah dan palsu.
Namun dalam apa jua keadaan GB tetap
mempertahankan pandangan dan cadangan GB sebelum itu iaitu supaya Presiden PAS digantikan dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.