Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.
“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.
Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.
Petang tadi menyaksikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.
PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian. - SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.