Azmin calon yang bertepatan
Tuanku Sultan Selangor telah
bertindak menolak dua permohonan dari dua pemimpin hari ini. Pertamanya,
Baginda telah
menolak perletakan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
dan
menitahkan Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar itu
sehingga nama
yang sesuai untuk menggantikan beliau ditemui dan dipersembahkan untuk
perkenan Baginda.
Baginda telah meminta lebih dari dua nama dari Pakatan
Rakyat setelah menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.
Tuanku juga telah menolak Wan
Azizah sebagai calon Menteri Besar gantian dan itu telah ditelah oleh banyak pihak
kerana ketidak sesuaian Presiden PKR itu menjadi Menteri Besar Selangor yang
baru.
PKR sememangnya dalam keadaan yang amat rumit kerana ‘Kajang Move’ tidak
menghasilkan apa-apa selain daripada perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat.
'Kajang move' dahulu telah dilakukan
oleh PKR tanpa merujuk kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat dan tindakan sendirian
PKR itu menghasilkan apa yang terhasil yang kita saksikan hari ini.
Apa pun PAS tetap bersetuju bahawa
kerusi Menteri Besar itu wajar disandang oleh PKR, tetapi mengemukakan Wan Azizah
sebagai calon gantian kepada Khalid untuk memuktamadkan ‘Kajang Move’ itu tidak
kesampaian. Saya telah dihubungi oleh ramai rakan dan kesemuanya tidak
merasakan kehilangan tanpa Wan Azizah, malahan ramai antara mereka sedang
mendoakan agar ADUN Bukit Antarabangsa itu menjawat jawatan penting tersebut.
Azmin sememangnya pemimpin PKR
yang menghidupkan parti itu dari awal dan tidak ada sebab nama beliau tidak dicalonkan
untuk jawatan itu.
Justeru tindakan PAS mencalonkan Azmin dari awal itu
merupakan tindakan yang agak secocok dengan cita rasa ramai rakyat Selangor.
Sebagai Pengerusi PKR Selangor adalah tidak adil jika beliau tidak mengetuai
kerajaan Selangor jika benar-benar Khalid tidak lagi menjawat jawatan itu.
Sikap Anwar mengambil
segala-galanya ‘for granted’ terbukti satu ‘misadventure’ politik yang
paling besar
sekali dan sikap ‘domineering’ beliau itu secara beransur-ansur akan
membuatkan
sokongan ramai terhadap Anwar akan merudum bukan sahaja dari kalangan
pimpinan Pakatan Rakyat, malahan dari ahli-ahli partinya sedang berpecah
itu.
Orang yang sepatutnya belajar
untuk berlapang dada ialah Anwar Ibrahim dan beliau wajar mengakui hakikat yang
tidak semua kehendak kita akan terkabul.
Dalam isu ini PAS walaupun menjadi
sasaran parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu beberapa ketika, telah melakukan
tindakan yang betul dan ini tentulah tidak digemari oleh PKR.
Sekarang Tuanku Sultan telah
meminta nama-nama lain selain daripada Wan Azizah maka adalah tanggungjawab
parti itu untuk mengemukakan nama-nama tersebut secepat mungkin jika parti itu
mahukan penyelesaian yang cepat.
Kadangkala kemahuan peribadi
tidak akan termakbul jika tujuan dan niatnya tersasar dari kepentingan dan
kehendak ramai.
Hanya setakat itu ulasan ringkas
dari blog ini buat sementara. Sebelum itu, wajar kita ingat ‘yang menjolok buah
itu selalunya tidak akan dapat menyambut buah yang jatuh itu’.
Oleh itu PKR
Selangor wajar membuat keputusan dan sebagai menghormati pimpinan pusat parti
itu elok diberitahu kepada pucuk pimpinan parti itu keputusan untuk mencalonkan
nama yang saya sebutkan tadi.
PAS sememangnya sudah tersedia
untuk menyokong Azmin dan DAP pula harus ingat bahawa Sultan mempunyai peranan
besar dalam keadaan krisis yang mendalam di Selangor sekarang ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.