Followers

Thursday, August 28, 2014

TERKINI - Surat Daripada Sultan Selangor Kepada Wan Azizah

 






Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menegaskan sekali lagi, setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk menentukan calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani ke ibu pejabat PKR, calon berkenaan perlu berbangsa Melayu, menganut agama Islam dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September ini," katanya dalam surat yang salinannya di kirim kepada Omak Kau melalui kotak mesej FB.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismai itu turut dihantar salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.

Ia bagi memastikan proses pertukaran menteri besar berjalan lancar dan teratur.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan, Keadilan dan DAP dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.