Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin
Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya
kira-kira jam 3.15 petang.Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR,
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut
mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu
menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Kandungan surat yang dilihat Malaysiakini itu tiada merujuk sebarang
nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.
Surat itu
ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani
itu.
Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga
penggantinya ditentukan.Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan
agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama
sebagai calon layak menggantikan Khalid.
Ia, menurut Munir lagi, bagi
memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.
Sementara itu, Malaysiakini mendapati kenyataan media dari Munir
bertarikh 14 Mei tahun lalu menyatakan hanya nama Khalid yang
dicadangkan oleh Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu merupakan kenyataan Istana
mengiktiraf pelantikan semula Khalid selepas pilihan raya umum lalu.
"Ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah
mengemukakan hanya satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai
calon menteri besar Selangor," petik kenyataan itu.
Surat dari Istana
bertarikh 7 Mei sebelum itu turut menjelaskan Sultan meminta empat nama
daripada Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar.
Sementara itu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa Khalid 'mengarut'
dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan
nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan
raya umum 2008 dan 2013.
Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih
daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.
Petang
tadi, Khalid menolak hujah PKR dan DAP bahawa ia akan mengemukakan satu
nama sahaja, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada
istana untuk menjadi menteri besar yang baru, berdasarkan kepada
konvensyen yang lalu.
Sebaliknya, Khalid mendakwa parti-parti Pakatan mengemukakan lebih
daripada satu nama, termasuk namanya, kepada istana selepas dua pilihan
raya umum sebelum ini.Kemudian, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan isterinya Wan Azizah menafikannya, dengan mendakwa bahawa hanya
nama Khalid yang dikemukakan. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.