Followers

Saturday, August 23, 2014

Pendakwaan Anwar, Surendran bukti undang2 perkakas penguasa zalim (Oleh Nadia Hanafi)

Photo: Pendakwaan Anwar, Surendran bukti undang2 perkakas penguasa zalim

(Oleh Nadia Hanafi)

SHAH ALAM 22 OGOS: Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II adalah serangan kepada institusi demokrasi yang sepatutnya menegakkan keadilan dan proses undang-undang, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Azmin“Ia bukan sahaja dilakukan kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang individu tetapi juga sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi,” katanya.

Azmin berkata, N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini juga merupakan tindakan Umno bagi menghalang Ahli Parlimen Padang Serai itu menjadi peguam untuk membela Anwar.

“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang-undang,” tempelak Azmin.

Surendren ditahan pada 18 Ogos lalu dan didakwa keesokannya berkaitan ulasan beliau mengenai kes Fitnah II membabitkan Anwar.

“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka undang-undang telah menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus
dan zalim,” sambung Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau juga mengingatkan anggota Angkatan Muda supaya tidak alpa dan tidak mengambil mudah terhadap perkara ini demi masa depan
Pakatan Rakyat.

“Apabila generasi ini pasif, maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongress AMK ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62604SHAH ALAM 22 OGOS: Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II adalah serangan kepada institusi demokrasi yang sepatutnya menegakkan keadilan dan proses undang-undang, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Azmin“Ia bukan sahaja dilakukan kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang individu tetapi juga sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi,” katanya.

Azmin berkata, N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini juga merupakan tindakan Umno bagi menghalang Ahli Parlimen Padang Serai itu menjadi peguam untuk membela Anwar.

“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang-undang,” tempelak Azmin.

Surendren ditahan pada 18 Ogos lalu dan didakwa keesokannya berkaitan ulasan beliau mengenai kes Fitnah II membabitkan Anwar.

“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka undang-undang telah menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus
dan zalim,” sambung Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau juga mengingatkan anggota Angkatan Muda supaya tidak alpa dan tidak mengambil mudah terhadap perkara ini demi masa depan
Pakatan Rakyat.

“Apabila generasi ini pasif, maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongress AMK ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62604

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.